Saturday, 5 September 2015

Tangan Ghaib Yang Mahu Merosak Imej Malaysia.

Menurut Mykmu, beberapa hari ini Transperancy International menjadi tumpuan apabila tanpa segan silu datang ke Malaysia dan menghina sistem keadilan dan pencegahan rasuah negara dalam Persidangan Antirasuah Antarabangsa

Tidak cukup itu, Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak juga dijadikan bahan kritikan oleh Presiden TI sungguhpun undang-undang negara membenarkan pemungutan dana politik selagi tidak membabitkan pemberian balas dan hubungan rasmi antara penderma dengan penerima.

Kedatangan TI ke sini dan mencerca pentadbiran negara ini sebagai rasuah seperti kata pepatah Melayu, “berkokok sekampung, ekor penuh tahi.”

Kita tahu politik merupakan satu bidang yang sangat “kelabu” (grey area) apabila membabitkan ketelusan kerana ia bersifat strategik dan “need to know basis” bagi menjaga kepentingan kumpulan politik terbabit.
.
Namun TI sebuah pertubuhan yang menentang rasuah, kronisme dan sebarang ketidaktelusan menerima dana berjuta dollar US dari syarikat yang sedang berhadapan dengan pendakwaan rasuah di banyak negara adalah sangat tidak masuk akal.

Pada tahun 2015, TI menerima derma sebanyak USD 3 juta daripada Siemens. Pada 2008, Siemens mengaku salah atas tuduhan rasuah dan membayar denda lebih daripada USD 1.6 bilion di Greece, Norway, Iraq, Vietnam, Italy, Israel, Argentina, Venezuela, China and Russia.

Pada 2014, Siemens berhadapan dengan siasatan rasuah di Kuwait, Asia Tengah, kepulauan Caribbean, Brazil, Argentina, Greece, Switzerland, Austria, Venezuela, South Africa, Thailand, dan Bangladesh. Selain itu ia turut disiasat membabitkan Inter-American Development Bank dan European Investment Bank.

Bagaimana TI boleh menerima derma daripada organisasi yang berhadapan dengan puluhan tuduhan rasuah merupakan sesuatu yang melucukan.