Saturday, 26 September 2015

Hanya Sekadar Keldai Dap,Mat Sabu Bakal Perdana Menteri Malaysia.

Parti Amanah Negara ringkasnya PAN kini agresif mencari ahli dari kalangan golongan kecewa.

Presidennya Mat Sabu merupakam mantan Pas yang kecewa setelah menerima tamparan hebat dalam Muktamar Pas yang lalu.

Dimomokkan dengan nama Pasma kini ianya secara rasmi dinamakan Parti Amanah Negara berslogankan Amanah Progresif Peduli ini giat mencari ahli ahli Pas yang sedia bertukar idealisme dari berwatak Islamik ke watak yang lebih liberal dan terbuka.

Menerima sokongan yang agak kuat dari nama nama besar dalam Pas satu ketika,PAN sebenarnya adalah eksperimen Dap dalam mengeksploitasi undi dari kaum Melayu yang memberi undi kepada Pas.
Jika diteliti dengan sebaiknya apa objektif sebenar penubuhan PAN dalam turut merancakkan arena politik Malaysia.Yang pastinya adalah untuk memecahkan dominasi Pas dikerusi yang menjadi idaman Dap dalam hasrat menuju ke Putrajaya.

Menggunakan pengaruh ala selebriti yang dimiliki oleh Mat Sabu,sebenarnya ahli PAN tidak lebih dari sekadar tunggangan untuk kuasa oleh Dap terhadap mantan ahli Pas.Presiden Pas,Hj Hadi Awang sememangnya tidak menggemari situasi kehilangan ahli kepada PAN namun beliau akur akan kelebihan yang dimiliki Mat Sabu.Bayangkan belum berdaftar PAN mampu ada bamgunan sendiri.Dari mana sumber kewangan PAN untuk membiayai kos tersebut.

Dipalit kontroversi 'sumpah bai'ah' mereka yang menyertai PAN ternyata tidak ambil pusing akan perjanjian itu.Bagi mereka menubuhkan satu parti baru yang berkiblatkan liberal lebih penting dan slogan Negara Islam dilupakan terus demi cita cita politik.

Secara halus anwarisme berjaya mempengaruhi bekas ahli pas untuk menolak kepimpinan Ulama' yang selama ini merupakan pegangan ideologi Pas.

Pahang juga antara diintai oleh PAN dalam melaksanakan misi menawan antara kubu kuat BN,lebih lagi dengan platform yang disediakan Dap dan PKR memudahkan pergerakan mereka.
Jika BN Pahang tidak menangani isu rakyat Pahang dengan baik,tidak mustahil PAN akan memjuarai isu isu panas dalam Pahang.

Pendekatan berteraskan slogan PAN pastinya menjadi senjata utama dan ini sebenarnya direstui Dap.Akan terjadi persaingan sengit bila Pru14 nanti kerana kini Pas bergerak sendirian setelah Pakatan Rakyat telah tiada dan digantikan dengan Pakatan Harapan yang ditunjangi Dap dan PKR.

Adakah misi mereka menawan Pahang akan berjaya?Jika Umno Pahang dan BN Pahang leka maka bersedialah untuk menjadi pembangkang pula dalam Dewan Negeri.Apa tindakan proaktif BN,Umno Pahang dalam menangkis serangan pembangkang nanti.

Hanya Pengerusi Perhubungan Umno Pahang Dato Seri DiRaja Adnan Yaakob pastinya punyai modul khas untuk menangkis propaganda pembangkang dan adalah dinasihatkan agar setiap Adun BN  Pahang turut serta membantu menangkis setiap serangan pembangkang.

Walau PAN baru tidak mustahil paling tidak mempengaruhi Rakyat Pahang bila tiba Pru14.Mungkin Pahang bersedia bertukar kerajaan Negeri bila PAN menguasai DUN kelak.

No comments:

Post a Comment