Wednesday 27 March 2019

MENTERI PERPADUAN BUAT PROGRAM TANPA HALA TUJU UNTUK HABISKAN DUIT RAKYAT?


Menteri Perpaduan Anjur Program Jemput Yang Tidak Berkaitan 

Sejarah Parlimen Malaysia terukir apabila seorang wakil rakyat dari kalangan Orang Asli telah memenangi Pilihanraya Kecil Cameron Highlands selepas penyandang dilucutkan atas perintah Mahkamah. Dengan majoriti 3,238, Ramli Mohd Nor dari Barisan Nasional telah membuka lembaran baru dalam Parlimen Malaysia sekaligus menobatkan beliau sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands.

Sebagai seorang berketurunan Orang Asli, Ramli tentunya lebih arif dan maklum keperluan serta kemampuan Orang Asli Malaysia. Dilantik sebagai Bendahari dalam Persatuan Orang Asli Semenanjung Malaysia (POASM), Ramli diberikan kepercayaan memperjuangkan isu isu berkaitan Orang Asli di Parlimen. Selaku wakil rakyat segala kebolehan dan pengetahuan berkaitan Orang Asli sudah tentu akan disuarakan oleh Ramli.

Bagaimanapun ada tindakan Kerajaan Pakatan Harapan seakan mahu meminggirkan masyarakat Orang Asli dan membenamkan suara mereka agar tidak diketahui seluruh rakyat Malaysia. Konvensyen Kebangsaan Orang Asli 2019 yang dianjurkan Kementerian Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial di bawah Jabatan Perdana Menteri akan berlangsung pada 22 April 2019 dengan kerjasama JAKOA.


Kemusykilan timbul apabila nama yang disenaraikan oleh Kementerian adalah individu yang tiada kaitan malah tidak berpengetahuan dalam hal ehwal Orang Asli. Bagaimana Waytha Moorthy selaku Menteri bertanggungjawab hanya menyenaraikan nama dan NGO yang pro-kerajaan dan mengenepikan individu yang lebih kenal Orang Asli ke konvensyen tersebut? Mengapa hanya menjemput NGO dan individu yang bersandarkan retorik dan teori untuk memberikan gambaran tatacara kehidupan dan perkembangan ekonomi yang akan bertulis di atas kertas tanpa sebarang praktikal dalam ertukata sebenar?


Pelik bukan tindakan seperti ini? Adakah Konvensyen ini dianjurkan hanya untuk menghabiskan peruntukan dan akhirnya Hala Tuju Pembangunan Fizikal Orang Asli hanya kekal pada helaian kertas cadangan? Mengapa pihak berkenaan tidak menjemput mereka yang benar benar berjuang untuk kepentingan Orang Asli tanpa ada muslihat terselindung? Kementerian wajar memandang serius kelemahan ini dan tidak hanya bermain retorik politik untuk kepentingan politik semata.