Wednesday 5 September 2018

CALON DAP 'HULUR' APA KEPADA PENGUNDI CAMERON HIGHLANDS?

MANOGARAN HULUR WANG KEPADA PENGUNDI P078 PADA PRU14 - 'BUAHTANGAN' ATAU BELI UNDI?

Calon DAP bagi Parlimen Cameron Highlands, Manogaran yang pernah menerima tentangan daripada DAP CH sendiri bukan seorang yang 'Suci'.  Pertikaian mengenai beliau pernah mendapat tentangan daripada DAP CH kerana beliau bukanlah anak tempatan Cameron Highlands.

Pada PRU14 Manogaran kalah kepada calon BN, enggan menerima kenyataan kekalahan maka bermulalah segala tuduhan terhadap Sivarajh dalam mengharungi kempen Pilihanraya Umum Ke-14.

Beliau yang menjelajah bersama jentera DAP tentunya turut membawa 'Bekalan' yang merupakan barang keperluan berserta 'Wang Saku' bagi memastikan sokongan diberikan kepada beliau. Berapa jumlah tidak diketahui kerana DAP tidak pernah mengisytiharkan jumlah dana politik mereka selama ini. Salah satu kawasan 'Wajib' bagi semua calon ialah perkampungan Orang Asli di Cameron Highlands dan Manogaran semestinya tidak ketinggalan untuk masuk berkempen di sana.

Bagi mengambil hati Orang Asli sudah tentu pelbagai barangan (Adakah ini RASUAH?) diberikan kepada Ketua atau dikenali sebagai Batin untuk diagih agihkan kepada Orang Asli di perkampungan tersebut. Adakah Manogaran dan jentera DAP tidak membawa 'Apa Apa' ketika masuk berkempen di kawasan Orang Asli?

Ada beberapa foto yang menampakkan Manogaran memberi sesuatu kepada pengundi semasa kempen pilihanraya. Apakah sesuatu itu? Anda boleh menilai sendiri. Adakah ianya 'Wang Monopoli' atau sebaliknya? Benarkah desas desus ada unsur ugutan terhadap Orang Asli selepas kekalahan DAP di Cameron Highlands?