Tuesday 30 January 2018

Saya Bukan Najib Razak, Saya Cuba Mencontohi Beliau


Sikap Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak mengutamakan keperluan rakyat menerusi pelbagai perancangan dicemburui lawan dan disegani kawan dalam politik tanahair.

Mengambil pendekatan tersebut, Tan Sri Kayveas selaku Presiden myPPP  menerapkan gaya serta cara Najib turun padang mendengar suara rakyat di Cameron Highlands. Selepas hampir 3 tahun berulang alik ke tanah tinggi yang terletak dalam Pahang, kehadiran Kayveas dalam program program dan gerak kerja inklusif, beliau semakin selesa dan menjadi bualan penduduk Cameron.

Sering menerima aduan penduduk tanpa protokol dan mudah didekati, sikap ramah Kayveas semakin serasi dengan gaya kehidupan Cameron. Pemerhatian selama hampir 4 bulan penulis yang mengikuti pelbagai program yang dijalankan, bekas Ahli Parlimen Taiping menampakkan sikap matang politik apabila tidak melatah dengan 'serangan manja' dari mana mana sudut yang mempertikaikan kehadirannya di Cameron sejak 2015.

Mendekati golongan pengundi P078 yang terasa dipinggirkan selepas G.Palanivel di pecat dari MIC pada 2015, Kayveas menggalas tugas sebagai wakil BN 'tanpa watikah' kerana tidak mahu kerusi ini jatuh ke tangan pembangkang dalam PRU14. Walaupun Palanivel masih lagi Ahli Parlimen Cameron dan menyokong kepimpinan Najib, pendekatan bersama rakyat dan pengundi di tahap minima serta mula menjadi bualan di Dun Jelai. Rungutan yang penulis dapati dari Dun Tanah Rata dan Jelai sangat tidak menyebelahi Palanivel yang dilabelkan 'tidak mesra rakyat'.

Menyedari kekurangan itu, Kayveas mula merangka perancangan mendekati masyarakat dan pengundi dengan pelbagai program terutama penganjuran sukan dan kerja kebajikan melibatkan penduduk Cameron. Sambutan menggalakkan terutama anak muda pelbagai kaum membenihkan harapan kerusi Cameron dipertahankan BN seandainya wakil yang betul diletakkan sebagai calon.

Perlu diingatkan dalam PRU13 majoriti yang dimenangi oleh Palanivel yang ketika itu Presiden MIC jatuh teruk dengan majoriti kurang dari 500 menjadi igauan kepada seluruh jentera BN dari kedua-dua Dun. Untuk bangkit dari angka undian bawah 500, meletakkan calon yang bukan sahaja 'Winnable' dan 'Likeable' menjadi antara kriteria yang kritikal. Rata rata pengundi P078 mahukan seorang wakil rakyat yang mampu menjadi 'Suara' dalam Parlimen dan membawa kemajuan untuk Cameron Highlands malah idea untuk mengatasi isu kesesakan yang menghantui mereka setiap hujung minggu malah lebih teruk apabila cuti umum. penulis sendiri mengalami perkara ini apabila perjalanan yang biasanya mengambil masa sekitar 10-20 minit menjadi perjalanan selama 3 jam.

Menyedari cara pentadbiran Najib serta pendekatan beliau terhadap rakyat semakin di terima, Kayveas mengorak langkah mendekati sendiri kehidupan Cameron Highlands dan membawa idea idea bagi melestarikan semula kawasan pelancongan tanah tinggi ini.

Walau ada cemuhan yang kurang senang dengan kehadiran Kayveas, beliau tidak menyimpan apa apa rasa kerana baginya rakyat lebih penting dari cemuhan serta kritikan terhadapnya. Bagi beliau jika Najib sebagai Perdana Menteri di serang dengan pelbagai fitnah dan tohamahan mampu bertahan dan tidak membalas tetapi terus menyediakan keperluan dan membawa kemajuan kepada negara serta rakyat apalah sangat dengan beliau yang menabur khidmat di Cameron Highlands. Cara pendekatan Najib menjadi inspirasi kepada Kayveas untuk memastikan kuasa BN kekal di P078.

Monday 1 January 2018

VIRAL VIDEO ANAK LALU JAMBATAN ROSAK - CARI GLAMOUR BAHAYAKAN NYAWA

CARI GLAMOUR BAHAYAKAN NYAWA ANAK - BIJAKKAH IBU BAPA TERSEBUT?

Tular satu video yang menunjukkan seorang bapa sedang menuntun anaknya melalui sebatang jambatan yang rosak. Dalam klip tersebut jelas menunjukkan hanya seorang bapa dan anaknya melalui jambatan tersebut dengan air sungai deras di bawah jambatan itu.

Difahamkan surat tawaran membaiki jambatan sudah dikeluarkan dan kerja akan dimulakan pada 8 Januari 2018.

Dalam klip tersebut, perakam tidak menjelaskan mengapa beliau dan suami mengambil risiko membahayakan nyawa anaknya. Adakah beliau memang mahu mencari viraliti hanya untuk memburukkan kerajaan sedangkan hakikat jalan alternatif sudah disediakan kerajaan  dan difahamkan jalan tersebut kini ditenggelami air berikutan cuaca buruk.

Cara beliau dan suami yang membahayakan nyawa demi viraliti dan glamour ini sebenarnya mengundang persepsi buruk terhadap kerajaan dan pembangkang memang mahu menjadikan ia sebagai isu kelemahan kerajaan Pahang.

Jadi fikirkan dengan akal sebelum menempelak kerajaan.