Sunday, 13 September 2015

Surat Terbuka Buat Ketua Pemuda Cameron Highlands.

Surat Terbuka Buat Ketua Pemuda Umno Cameron Highlands.

Anak Jelai
Saudara KP..selama dilantik ke jawatan ketua pemuda Umno Cameron Highlands saudara tidak seperti dijangka.
Saudara seolah memandang jawatan ini sebagai sandaran buat saudara mencari keuntungan diri sendiri.

Selepas saudara memenangi jawatan ketua pemuda kelibat saudara amat payah dilihat didalam kawasan sendiri.Bila ditanya saudara tidak dapat beri jawapan yang memuaskan.Adakah saudara kenal semua ahli pemuda bahagian Cameron Highlands?

Malang sekali saudara tidak mahu belajar dari mantan ketua pemuda yang mesra dengan ahli.Saudara sombong dengan kami sebagai pemuda Umno.Hinggakan dalam PRK Rompin saudara menjauhi kami dan lebih rela bersama mereka yang berjawatan dari bahagian lain.Saudara juga tidak mahu bergaul dengan kami.Siapakah kami dimata saudara?

Belum masuk kisah peruntukan kepada Pemuda Cawangan.Pelbagai alasan saudara beri,menafikan bahawa peruntukan untuk pemuda bergerak itu ada,hingga menimbulkan syak bahawa saudara berbohong kepada kami.

Sebenarnya apa fungsi saudara di Bahagian Cameron Highlands selaku Ketua Pemuda Bahagian?Sudahlah tidak dikenali saudara pula tidak mesra dengan ahli pemuda,saudara juga bersifat pilih kasih.Program bersama pemuda jauh sekali saudara mahu lakukan.

Saudara KP Cameron Highlands...
Sampai bila saudara mahu bertahan dalam Umno.Pada kami,saudara sebenarnya tidak layak menjadi seorang Ketua Pemuda.Atas pilihan siapa sebenarnya saudara dipilih?Saudara pergilah kemana mana cawangan pemuda dan saudara tidak akan disambut selayaknya kerana saudara tidak layak.

Kepada Ketua Bahagian Umno Cameron Highlands..
Tuan telah melakukan kesilapan besar dengan merestui saudara Wan Kamal sebagai Ketua Pemuda Cameron Highlands.Belum pernah dalam sejarah Pemuda berpecah kerana KP,kini gara gara KP yang tuan mahukan inilah akibatnya.

Mungkin sekarang tuan belum rasai tapi tunggulah bila pilihanraya umum kelak.Adakah pemuda akan bantu kerja kerja pru kalau perangai KP masih belum berubah?Saya selaku Anak Jelai tidak dapat memberi kepastian.

Selagi KP ini tidak mengubah cara dan tabiatnya..saya gusar Pemuda tidak lagi menyokong kepimpinan Ketua Bahagian Cameron Highlands.

Saya hanya menyampaikan hasrat Pemuda Umno Cameron Highlands buat saudara Ketua Pemuda CH.Berubah sebelum rebah.

Yang Benar
Anak Jelai