Wednesday, 9 September 2015

PAIP OH PAIP

Krisis air dikawasan tertentu didalam Pahang amat merisaukan.Walau pun Pahang sebagai negeri yang sumber airnya banyak masaalah keputusan bekalan air sering terjadi.

Sejak Paip(Pengurusan Air Pahang)mengambil alih pengurusan bekalan air dari JBA(Jabatan Bekalan Air) perkara ini seakan meruncing.Raub salah satu daerah yang mencatit sejarah bila 30kali memgalami gangguan bekalan dalam masa sebulan.

Antara sebab yang pengurusan PAIP beri adalah kerana keladak yang merosakkan pam di loji bekalan.Dari mana semua timbunan selut ini? Sudah tentu pembalakan dan perlombongan menjadi penyebab utama.

Masaalah paip lama juga memberi implikasi terhadap bekalan air.Proses mengganti paip paip lama kadang mengambil masa yang menyukarkan rakyat Pahang.

Alasan pam loji sering menjadi jawapan klise buat pengguna.Rakyat membayar tanpa servis yang sepenuhnya.Ini seharusnya ditangani dengan baik oleh pengurusan PAIP.

Jika dilihat dilaman sesawang aduan PAIP sememangnya terdapat notis gangguan tetapi ianya kadang berlarutan hingga membuat pengguna menjadi marah kerana bekalan lori air tidak dihantar dengan segera.

Ini sesuatu yang serius dan mesti diambil berat oleh PAIP dalam memastikan keselesaan pengguna.Masaalah air berkeladak juga menjadi rungutan pengguna.Dimana Hak Pengguna PAIP?Adakah semata mengejar keuntungan maka kebersihan kurang dititikberat oleh PAIP?

Apa juga alasan PAIP,pengguna hanya mahu yang terbaik dan berbaloi dengan setiap sen yang mereka bayar kepada PAIP.

No comments:

Post a Comment