Sunday, 27 September 2015

Dron Beraksi..Pemandangan Indah Di Rakam.

Ini adalah pemandangan dari udara oleh saudara Adib menggunakan drone miliknya.

Masjid Sungai Koyan yang sekian lama terbengkalai pembinaannya akibat masalah kontraktor yang tidak sepatutnya berlaku.

Masyarakat setempat telah mengeluh apabila sudah 4 tahun tidak dapat menunaikan solat Jumaat,solat Aidilfitri serta AidilAdha apabila masjid ini terbengkalai.

Mungkin tahun depan masjid ini boleh digunakan oleh masyarakat disini.Menjadi persoalan kepada faktor kelewatan penyiapan masjid ini sepatutnya dijawap oleh Jabatan Kerja Raya.

Pemilihan kontraktor yang salah oleh pihak JKR sebenarnya menimbulkan pelbagai persepsi yang buruk buat JKR.Bagaimana ketirisan boleh berlaku dengan mudah?

Mungkin ini pengajaran yang boleh JKR manfaatkan dalam soal pemilihan kontraktor berwibawa.Tidak mahu menuduh mahupun menuding jari apakah JKR terlibat dalam rasuah oleh kontraktor?

Mungkin perkara biasa kontraktor membawa para penjawat dalam JKR keluar 'minum' dan melayan kehendak mereka dengan baik asal projek dipastikan di tangan kontraktor.Memandang perkara ini sebagai sesuatu yang serius dan menjelekkan,adakala mereka yang terdiri penjawat tinggi dalam pengurusan JKR setempat menerima pelawaan dari kontraktor dan tidak mengganggap ini sebagai rasuah.

Perlakuan jijik ini antara faktor kerajaan disangka penuh dengan kaki rasuah demi mengejar rundingan kontrak.Laba yang disediakan oleh kontraktor sememangnya mampu mengaburi mata mereka.

Adakah JKR tiada panel penilai sebelum menyerahkan tugasan kepada kontraktor,atau memang ada kontraktor pilihan yang dipilih oleh pihak JKR?

SPRM sepatutnya memantau dalam hal sebegini yang hanya merosakkan imej kerajaan Malaysia.Ini adakala menjadi isu dikalangan rakyat yang memandang dari segala aspek.

Kerajaan juga sebaiknya proaktif dan memantau kelakuan sumbang ini untuk mengelak persepsi yang ditelan bulat bulat oleh rakyat.



No comments:

Post a Comment