Mengapa MCA P.Gudang perlu melenting hanya kerana isu Merah sedangkan ianya adalah himpunan menifestasi kaum Melayu yang membantah himpunan Bersih 4.0 yang telah diadakan pada 29Ogos lepas.
MCA P.Gudang menyatakan himpunan itu sebagai rasis namun tidak dapat memberi bukti bahawa himpunan 'Merah' itu sebagai didakwa mereka.Apakah MCA lupa bahawa mereka sebenarnya juga turut bergantung kepada undi dari kaum Melayu untuk memenangi pilihanraya.
Umum mengetahui kekalahan teruk MCA dalam Pru13 hingga memaksa MCA menolak sebarang jawatan dalam kabinet,walau selepas itu ramai dari kalangan MCA dilantik ke jawatan penting dalam kerajaan.Apakah MCA tidak malu memperlekehkan DsN yang telah memberi ihsan dengan menempatkan nama besar MCA dalam barisan kerajaan.
MCA juga patut berasa mereka sebagai parti komponen dalam Barisan Nasional dan mengambil tanggungjawap dalam menjelaskan isu nasional kepada masyarakat cina khususnya.Tapi MCA tidak berbuat demikian dan hanya meletakkan segalanya kepada Umno.
Dimana tanggungjawap MCA sebagai komponen BN? Dengan rekod Pru yang tidak stabil MCA hanya mahu menjuarai sentimen yang membabitkan kaum cina sahaja.Apa rasional tindakan itu sebenarnya.Apa pula halatuju MCA dalam BN.
Presiden MCA berdiam diri dalam isu tersebut dan ini tidak mencerminkan semangat Barisan Nasional yang mementingkan setiakawan dalam satu parti yang besar.Adakah MCA memberi isyarat bahawa mereka tidak lagi berminat untuk berada dalam komponen BN dan bersedia menjadi sekutu kepada pembangkang.
Tindak tanduk MCA kebelakangan ini amat meragukan dengan sikap berdiam diri mereka dalam isu nasional dan tempatan.Inikah semangat setiakawan mereka kepada parti yang banyak membantu mereka dikala kesempitan di arus politik nasional.
Malahan MCA tidak dilihat membantu BN menangani kebanyakan isu yang melanda negara,tiada program menjelaskan dan penerangan kepada kaum cina membabitkan kerajaan.Dap semestinya melihat ini sebagai kelebihan untuk mereka bersekutu dalam memerangi BN kelak.
Kesetiaan MCA juga nampaknya agak goyah dipelbagai peringkat negara.Adalah menjadi satu kemusykilan bila MCA P.Gudang mengambil keputusan drastik dan keanak-anakan dalam memutuskan hubungan dengan Dato Sri Najib diperingkat nasional.
Adakah tindakan mereka mendapat restu dari kepimpinan tertinggi MCA Pusat? Presiden MCA perlu menjernihkan keadaan sebelum ianya menjadi isu besar dalam Barisan Nasional dan mengambil tindakan tatatertib keatas mereka yang terlibat.
Jika mereka merasakan 'Himpunan Merah' sebagai rasis mereka juga perlu melihat kebaikan Kerajaan yang masih bertoleransi dalam isu SJKC serta pelbagai isu yang melibatkan kaum cina.Apakah Dong Zhong tidak mempraktikkan rasis dalam memperjuangkan matlamat mereka? Tidak perlu untuk MCA menjadi berat sebelah dalam hal ini dan hanya mempergunakan isu 'Merah' sebagai batu loncatan meraih sokongan kaum cina.
MCA perlu bertegas kepada semua ahli dan mengingatkan mereka bahawa semua parti komponen berkongsi kuasa dalam memerintah negara.
No comments:
Post a Comment