Tuesday, 29 September 2015

Dap Pahang Biadap Terhadap Mufti Yang DiLantik Oleh Sultan Pahang.

Tindakan Dap Pahang yang mahu menyaman Mufti negeri Pahang atas Khutbah AidilAdha dianggap tidak masuk akal.Atas kapasiti apa Dap mahu menyaman Jabatan Agama Islam Pahang( JAIP) yang mengeluarkan teks khutbah untuk seluruh Pahang.

Sangat memalukan ianya diketuai oleh Tengku Zulpuri yang sememangnya dikenali sebagai ahli tegar Dap Pahang.Reputasi beliau yang membawa nama kerabat amat melukai hati orang Islam dalam Pahang.


Adakah kerana terlalu taksub politik haluan kiri maka Dap terlupa bahawa Majlis Agama Islam Pahang diketuai oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.
Tentulah ini amat mendukacitakan beliau selaku ketua yang diamanahkan oleh Ayahandanya menjaga kepentingan umat Islam didalam Pahang.

Apa yang dilihat kini Dap mula mahu menunjuk lagak serta kuasa mereka dalam apa jua urusan termasuk urusan berkaitan Agama Islam sedangkan dalam Perlembagaan ianya dibawah kuasa Sultan yang memerintah.

Mufti Pahang dalam kenyataannya bertegas tidak akan tunduk dan tidak akan memohon maaf atas kandungan khutbah yang dianggap oleh Dap sebagai rasis.Beliau menegaskan setiap khutbah adalah menjadi tanggungjawap JAIP dan ianya tidak menyentuh agama lain.

Andai Dap Pahang masih berdegil mahu meneruskan saman,tibalah masanya Istana Pekan mencampuri urusan ini.Ini adalah kerana hanya Istana yang mempunyai Hak Mutlak dalam setiap enakmen berkaitan Agama Islam di dalam Pahang.

Juga diharap semangat penyatuan orang Melayu yang dizahirkan semasa perhimpunan rakyat bersatu menjadi satu paradigma kepada seluruh Umat Islam dalam Malaysia dalam menyampaikan amaran kepada Dap supaya tidak mencampuri urusan berkaitan Agama Islam dalam Malaysia.

Dap tidak layak untuk memaksa mana mana pihak tunduk kepada mereka dalam perkara berkaitan Agama.Diharap Dap tidak bermain api keagamaan dengan mempertikaikan apa sahaja urusan Agama Islam.

Tengku Zulpuri dan ahli Dap yang berketurunan Melayu beragama Islam sepatutnya MALU dengan ancaman saman ini.Pertama kali dalam sejarah peradaban Negeri Pahang,Mufti disaman kerana enggan menurut kemahuan parti politik berhaluan kiri.

Rakyat Pahang turut tidak selesa dengan tuntutan dari Dap kerana menurut mereka hak rakyat beragama Islam dinaungi oleh Raja dan bukan parti.Jelas isu ini akan membuat rakyat Pahang menolak kehadiran Dap di Pahang.



No comments:

Post a Comment