Wednesday, 30 December 2015

Tidak Mampu Walau Sepasang Baju Sekolah....Di Mana Ahli Parlimen Dan Adun Pahang?


Kuantan
31 Disember2015


Ahli Parlimen Jangan Leka Dan Lepas Pandang.



Semalam ini diviralkan satu kisah sedih yang melibatkan seorang ibu tunggal yang merayu jasa dan budi baik rakyat Malaysia untuk menyumbang pakaian sekolah terpakai untuk melengkapkan persediaan persediaan anaknya menjelang sesi persekolahan 2016 yang akan tiba tak sampai seminggu sahaja lagi.

Bicara.news terpanggil untuk mencari maklumat tentang ibu tunggal tersebut. Pencarian itu telah berjaya mendapatkan sendiri ibu tunggal yang bernama Puan Noridah binti Mohd Nor yang tinggal di Kampung Chendering Baru Pandan 2, Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Kisah sedih ibu tunggal bersama tujuh anaknya yang kehilangan suami tercinta bermula apabila suaminya terlibat dalam satu kemalangan jalan raya yang meragut nyawanya setahun yang lalu.

Sejak itu bermulalah kisah hidup terumbang-ambing apabila kehilangan mengejut itu pergi bersama hilangnya satu-satunya sumber rezeki dan pendapatan isi rumahnya.

Justeru, untuk menampung kehidupan baru, beliau mengerah kudrat untuk mebuat kuih-muih untuk dijual di sekitar kawasan kejiranan dengan jualan oleh anaknya sendiri. Difahamkan kisahnya juga pernah diterbitkan oleh salah sebuah tabloid tetapi malangnya, seperti tiada pihak yang mahu mengambil endah dan peduli nasib mereka selama ini walaupun edaran tabloid berkenaan boleh dikatakan luas dan menyeluruh segenap pelusuk negeri.

Noridah yang nyata amat resah bila ditemubual wakil kami tentang nasib yang menimpanya dan kegelisahannya lebih kepada memikirkan persediaan persekolahan empat anaknya yang akan menyambung pengajian di sekolah tahun depan.

Selain daripada memikirkan kos hidup yang semakin meningkat dan kos pengajian anak sulungnya di peringkat kolej, beliau terpaksa mengenepikan rasa malu..................

No comments:

Post a Comment