Tuesday, 1 December 2015
MUHYIDDIN PERCAYA PORTAL PEMBANGKANG.
Dalam etika perperangan, seorang Jeneral tidak sepatutnya mengeluarkan kenyatan yang bakal melemahkan angkatan yang di pimpinnya. Namun begitu, bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang di gugurkan dalam rombakan kabinet memilih untuk melemahkan Umno walau mengaku dirinya sebagai ‘Totok Umno’.
Dalam ceramah anjuran Umno Pagoh pada 29 November 2015, Muhyiddin memberitahu bahawa Barisan Nasional kehilangan hampir 70% sokongan kerana Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak enggan mendengar ‘nasihat’nya. Juga mendakwa 78% rakyat tidak berpuas hati dengan ekonomi sekarang, Ahli Parlimen Pagoh sebenarnya menyerang Presiden Umno secara tidak langsung. Beliau mendakwa mendapat angka angka tersebut dari Merdeka Center yang pro kepada parti pembangkang.
Dengan serangan beliau dalam isu 1MDB dan 2.6 billion, Muhyiddin mendakwa ia menjadi antara faktor penolakan terhadap kerajaan dalam kaji selidik oleh Merdeka Center yang beliau jadikan rujukan. Mantan Timbalan Presiden itu pernah di tempelak oleh seorang anggota kabinet apabila mendakwa beliau tidak mendapat penjelasan dan kertas rujukan semasa berada dalam kabinet berkenaan isu yang di bangkitkan oleh pembangkang.
Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment