Putra World Trade Centre
Kuala Lumpur
9 Disember 2015
Puteri Umno Pahang hari ini membentangkan usul pendidikan yang sangat penting demi survial kaum Melayu menuju kemajuan sejajar dengan pembangunan Negara. Sebelum membentangkan usul, Masliana Ahmad dengan tegas dan yakin menyampaikan pendirian Puteri Pahang yang menyokong dan akan teguh bersama sama Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak.
Usul yang di bawa oleh Ketua Penerangan Puteri Pahang Masliana Ahmad membawa intipati yang mencakupi semua aspek yang perlu untuk di terjemahkan oleh Kementerian Pelajaran.Percaya dengan peredaran global, pendidikan akan menjadi satu platform kepada Anak Bangsa Melayu untuk kekal berdaya saing dengan kaum lain di Malaysia.
Antara intipati yang di gariskan oleh Puteri Umno Pahang ialah
- Kementerian Pelajaran Malaysia mesti menjamin agar dasar tidak diubah-ubah
- Memastikan Menteri Pendidikan tidak mengubah dasar yang telah dibuat supaya menganggu proses pengajaran dan pembelajaran murid-murid disekolah
- Mengesa Kementerian Pelajaran supaya Memartabatkan Bahasa Malaysia & Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI)
- Memperkukuhkan Pengusaan Bahasa Malaysia Di Kalangan Semua Kaum
Dalam pada itu, Puteri Umno Pahang juga berharap kekeruhan yang terjadi di peringkat atasan tidak berpanjangan kerana sebagai keluarga besar, Umno telah matang dalam mengatasi konflik yang timbul.
Enggan mengulas tindakan Timbalan Presiden Umno yang menyerang Najib secara terbuka, Puteri Pahang menyerahkan kepada Majlis Tertinggi untuk membuat sebarang tindakan dan sebagai 'Anak Bongsu' Puteri Pahang akan akur.
No comments:
Post a Comment