Tuesday 1 December 2015

Mahathir Meyerang Najib - Fitnah Menjelang Persidangan Agung Umno



Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar semula, tidak tepat dan separuh benar yang disensasikan demi mempengaruhi sentimen dan emosi ahli UMNO untuk menentang kepimpinan Perdana Menteri.

Sangat menyedihkan bilamana Tun sanggup menabur fitnah demi menyingkirkan Perdana Menteri dan menubuhkan Council of Elders yang akan mengawal Perdana Menteri boneka beliau.

1. “Satu Malaysia sama dengan Malaysian Malaysia”
a. Ini merupakan tohmahan kitar semula.
b. Gagasan 1Malaysia merupakan suatu usaha untuk mewujudkan perpaduan. Perbezaan paling utama dengan konsep “Malaysian Malaysia” ialah 1Malaysia jelas menerima Perlembagaan Malaysia secara keseluruhannya, terutama semua peruntukan yang terkandung dalam Perkara 153.
c. “Malaysian Malaysia” pada mulanya adalah suatu konsep yang bercanggah dengan Perkara 153 dan kemudiannya bersifat amat kabur. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan “Malaysian Malaysia,” tentu sekali tidak akan ada Majlis Pemerkasaan Bumiputera, TERAJU dan lain-lain lagi. Kalaulah 1Malaysia benar-benar sama dengan Malaysian Malaysia, tentulah tidak akan ada Model Baharu Ekonomi (MBE), satu rangka kerja untuk meningkatkan sifat eksklusif dalam ekonomi dan pada masa sama, memperkasakan masyarakat Bumiputera agar mereka menjadi lebih berdaya saing.
d. Mengatakan bahawa Gagasan 1Malaysia adalah sama dengan “Malaysian Malaysia” merupakan suatu putar belit, dengan niat yang tidak lain dan tidak bukan iaitu untuk mengelirukan orang Melayu.

2. “Penjajah dahulu dilantik sebagai penasihat”
a. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan negara di dunia telah mengambil ramai perunding asing yang memberi nasihat kepada Kerajaan dan sektor swasta. Peranan mereka ini tidak lebih daripada memberi pandangan bukannya menjadi penguasa. Hakikatnya Negara ini masih ditadbir oleh orang tempatan, Melayu, Cina, India, Bumiputera Sarawak dan Sabah. Bukan orang luar. Kuasa tetap di tangan kita dan bukannya di tangan orang luar seperti zaman penjajah.
b. PM mempunyai ramai penasihat di kalangan anggota kabinet, Majlis Tertinggi UMNO, pegawai tertinggi kerajaan, NGO, termasuklah rakyat Malaysia yang beliau sering lawati. Apalah sangat sumbangan “perunding luar” ini berbanding orang-orang tempatan yang begitu ramai yang sentiasa menasihati pentadbiran hari ini? Mengapa Tun menggunakan perumpamaan “penjajah” yang langsung tidak sama dengan keadaan sebenar? Beliau hanya ingin memburukkan PM dan menimbulkan kerisauan tentang kedaulatan negara dengan tak semena-mena.

3. “Penubuhan PEMANDU untuk menggantikan Unit Perancang Ekonomi”
a. PM telah pun menjawab tohmahan yang dikitar semula ini.
b. PM menubuhkan PEMANDU sebagai badan untuk menyelia program transformasi, yang bukan sahaja meliputi aspek ekonomi di bawah Program Transformasi

Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/

No comments:

Post a Comment