Menurut polis, BERSIH tetap dengan sikap tidak bertanggungjawabnya iaitu tidak memohon sebarang permit untuk mengadakan festival “Yellow Mania” yang dirancang berlangsung pada 6 hingga 10 Januari depan.
Sehubungan itu sejauh mana kebenaran bahawa perjuangan BERSIH benar benar mahukan sistem pilihanraya yang telus boleh dipertikaikan, kerana ianya lebih dilihat menjadi alat kepada pembangkang untuk menanamkan kebencian melalui fitnah terhadap kerajaan.
Pemimpin pembangkang pasti akan hadir di festival itu kelak dan menyebarkan pelbagai bentuk fitnah dan pembohongan.
Festival tersebut juga, dijangka menjadi medan membangkitkan aktiviti berbentuk rasis sepertimana berlaku di Perhimpunan BERSIH 4.
Perbuatan BERSIH yang tidak suka menghormati undang undang turut terbukti baru-baru ini apabila mereka mengadakan aktiviti di Parlimen tanpa mendapat kebenaran, sekaligus menimbulkan kemarahan Speaker Dewan Negara Tan Seri Abu Zahar Ithnin.
No comments:
Post a Comment