Monday 21 December 2015

Meningkatkan Perkhidmatan Internet-Antara Yang Di Beri Perhatian : Salleh Said Keruak






Saya telah memberitahu pegawai saya yang saya tidak berpuas hati dengan perkhidmatan Internet di Malaysia. Mengikut State Internet Report (SOTI) , rakyat Malaysia adalah antara penduduk yang paling aktif menggunakan internet di dunia ini.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berbangga dengan jumlah penguna internet sekiranya jalinan tersebut tidak berkadar yang sepatutnya dengan keupayaan kuasa dan keluasan capaiannya.

Hari ini, bukan sahaja di dunia, malah di negara kita juga internet merupakan tulang belakang kepada ekonomi. Kebanyakan perniagaan dan komunikasi yang dilakukan di Internet. Di sesetengah negara lebih banyak jualan yang dilakukan dalam talian internet berbanding jualan menggunakan media cetak.

Perkhidmatan internet Malaysia perlu setanding dengan atau lebih baik daripada negara-negara lain dan ini adalah antara keutamaan saya.

Kerajaan menyasarkan sasaran sekurang-kurangnya 95% liputan Internet pada tahun 2020 dan kementerian di bawah saya telah diberi tanggungjawab untuk memastikan ianya............

No comments:

Post a Comment