Saturday 5 December 2015

"Tak Kan Melayu Hilang Di Dunia" - Sudah Lapuk?



MENDAULATKAN MARTABAT BANGSA
Titik penyatuan semula Melayu

TAKKAN Melayu hilang di dunia. Adakah ia sekadar kata-kata yang diperturunkan oleh penglipur-penglipur lara di zaman silam atau adakah ia suatu amaran keras dari seorang panglima Melayu yang terbilang di zaman silam kepada kita hari ini?

Yang kita nampak hari ini, terdapat orang-orang yang mengacah akan kesahihan kata-kata tersebut.

Sebenarnya jika kita merenung sejenak, bersikap berkecuali dan logik sebentar, walau seminit sahaja pun, semua orang Melayu (tidak kira perbezaan ideologi politik) pasti mengangguk setuju yang sejarah telah membuktikan bahawa UMNO telah berjasa dan berjaya bertindak sebagai tiang penyokong kepada bangsa Melayu.

Tanya sesiapa sahaja, sama ada beliau ketua kerajaan berbangsa Melayu, ketua pembangkang Melayu atau sesiapa sahaja, jika diberi peluang di antara zaman peralihan Malayan Union yang serba kekurangan dulu dengan zaman moden serba mewah sekarang ini, sudah tentu semua bangsa Melayu akan memilih zaman peralihan Malayan Union dahulu.

Bagi saya Malayan Union adalah titik tolak yang telah berjaya mendaulatkan setiap jiwa bergelar Melayu di bumi Malaysia ini, yang berjaya meletakkan perasaan survival Melayu di dalam setiap hati dan jiwa raga mereka bersama pegangan agama Islam, bersatu hati melawan anasir-anasir yang boleh meruntuhkan bangsa sendiri.

Apa yang orang Melayu dapat?

Orang Melayu telah berjaya menghadiahkan diri sendiri dengan negara yang berdaulat, merdeka dan menjadi pemerintah di bumi sendiri.

Semua ini bertitik tolak daripada satu kesimpulan yang begitu asas, bermula dari ikatan kemelayuan yang tidak pernah lerai. Semakin kuat rintangan yang dihadapi, semakin kuat pula ikatan persaudaraan orang-orang Melayu.

Pada masa itu orang Melayu begitu sensitif, jika hak dan saudara-saudara Melayu sendiri diperkecilkan atau dipermainkan, bangsa Melayu akan bersuara lantang bersatu mempertahankan diri mereka dan raja-raja Melayu ketika itu.

Hingga Melayu sanggup menggadaikan nyawa demi menjaga kedaulatan bangsa sendiri.

Melayu dahulu berjaya, bukan dengan senjata-senjata pemusnah, tetapi kerana sikap kemelayuan dengan erti kata yang sebenarnya, ketajaman lidah dan kebijaksanaan orang Melayu itu sendiri.

Bangsa Melayu ketika itu sangat berkuasa kerana mereka tahu segala perkara yang timbul untuk kepentingan mereka akan mendapat sokongan padu daripada setiap orang Melayu.

Melayu bijaksana, cerdik dan semua yang sinonim dengan istilah itu.

Sekarang pula telah menghadirkan pelbagai orang-orang Melayu sama ada ideologis-ideologis, pemimpin-pemimpin negeri pantai barat mahupun pantai timur, ahli-ahli profesional, korporat, jutawan, petani- petani moden dan sebagainya.

Dengan adanya orang-orang Melayu yang berjaya, berjawatan tinggi dan berpelajaran tinggi, adakah orang-orang Melayu sekarang boleh melabelkan bahawa mereka di zaman ini lebih berkuasa, bijaksana, cendekiawan berbanding dengan zaman yang lampau?

Bagi saya kemewahan dan tinggi rendah pelajaran bukan satu-satunya pengukur sesuatu kaum tersebut.

Ia terletak kepada kesatuan kaum......


No comments:

Post a Comment