Wednesday 2 December 2015

Eric Choo Pemuda Harapan MCA Pahang.

                       
  Belia Malaysia Anak Pertiwi
  Hayati Perbezaan Nikmati Persamaan
  Berganding Bahu  Negara Sama Kita Pertahankan
  Aman Damai Sejahtera Kemakmuran Sama kita Impikan

Bait bait ini di ucapkan oleh seorang Ketua Pemuda MCA Maran Saudara Eric Choo, dalam Program Jejak Bahasa Semarak Budaya sempena Bulan Cinta Bahasa anjuran Dewan Bahasa Dan Pustaka pada November lepas.

Kebolehan Eric menguasai Bahasa Melayu sememangnya di alu alukan dalam menyahut seruan untuk melestarikan Bahasa Melayu di kalangan kaum bukan Melayu. Apatah lagi kedudukan Eric sebagai Setiausaha Organisasi Pemuda MCA Pahang,Penolong Pemuda MCA Kebangsaan serta Naib Pengerusi MCA Bahagian Maran.Kebolehan mengusai Bahasa Kebangsaan sudah tentu menjadi satu kelebihan buat beliau dalam bergaul dengan semua lapisan masyarakat bukan sahaja dalam Pahang tapi seluruh Negara.

Dalam Program yang di adakan di Kompleks Belia Dan Sukan Kuala Lumpur itu,  Eric telah berjaya menyampaikan ucapan dengan begitu baik dengan lengok bahasa Melayu dengan gaya tersendiri.

  Belia Bangsa Anak Pertiwi
  Bersama Selangkah Bernafas Besaudara
  Bumi Sama Di Pijak Wawasan Sama Kita Pikulkan
  Yakin Hormat Jujur Nilai Murni Sama Kita Maktubkan.


  Belia Malaysia Anak Pertiwi
  Berat Sama Di Pikul Ringan Sama Di Jinjing
  Puisi Sama Di Junjung Cabaran Sama Kita Hadapi
  Sehati Sejiwa Sepasukan Satu Bnagsa Sama Kita Martabatkan

Dalam menuju Slogan 1Malaysia, Eric berjaya membuktikan bahawa beliau selaku wakil parti komponen dalam Barisan Nasional menyahut seruan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam memperkasakan budaya Malaysia di dalam jiwa Pemuda MCA Pahang.

Perjalanan beliau dalam politik mungkin jauh lagi tapi tidak mustahil untuk muncul sebagai seorang wakil MCA yang di terima semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Syabas Eric Choo.

No comments:

Post a Comment