Sebagai rujukan, pada 2015 harga sebuah kereta Nasional ( Proton) telah melambung hingga Rm44,000 berbanding Rm 18,500 semasa mula di keluarkan pada tahun 1985. Perbezaan ketara sebanyak Rm25,500 ini terjadi bukan kerana permintaan yang tinggi dari pembeli, sebaliknya kerana harga bahan mentah yang melambung selaras kenaikan harga dunia. Ini antara sebab mengapa jualan Proton merudum dan bukan berkaitan kenaikan cukai kerajaan seperti di dakwa oleh bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.
Persaingan dari rekabentuk dan spesifikasi yang terbaik dari kenderaan lain menjadi masalah utama Proton. Model pertama Proton – Proton Saga di reka berlandaskan platform Mitsubishi Lancer dari Mitsubishi Motors. Tiada rekaan asli dari Proton yang di keluarkan melainkan meniru konsep kenderaan luar yang mampu di banggakan oleh mantan PM, malah casis serta enjin juga adalah dari syarikat ternama dari luar. Hanya Satria Neo merupakan rekaan asli Proton untuk menggantikan versi asal Proton Wira.
Bagaimana bekas PM itu mengaitkan kelemahan jualan Proton dengan Najib dan mengatakan kerajaan tidak membantu Syarikat Otomobil itu, sedangkan Proton sendiri tidak berdaya saing setelah 30 tahun penubuhannya yang di aspirasikan oleh Mahathir sendiri. Malah cubaan Proton dan Mahathir berkerjasama dengan pengeluar otomobil ternama dari Eropah juga tidak mendatangkan hasil kerana tidak mencapai kritieria yang di tetapkan
Baca Seterusnya Klik : http://www.bicara.news/
No comments:
Post a Comment