Saturday, 31 October 2015

Pembangkang Sendiri Tidak Tetap Pendirian - Salleh Said Keruak.


Kuala Lumpur
31 Oktober
2015

Pembangkang tidak konsisten dan sering kali berubah-ubah dalam pendirian mereka termasuk dalam soal pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia,
Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Salleh berkata, hal itu dapat dilihat apabila pihak pembangkang yang sebelum ini menentang keras sistem percukaian baharu itu, kini, seperti mengiktiraf pelaksanaannya dan mahu GST dikurangkan.

"Ertinya sekarang mereka sudah berubah," katanya ketika berucap merasmikan Program Langkah Bersama Sehati Sejiwa anjuran Jabatan Penerangan Sabah di sini, hari ini.

Salleh berkata, GST yang sudah dipraktikkan oleh banyak negara itu mampu memberi kesan positif kepada ekonomi selain dapat menentukan agar negara tidak terjerumus ke dalam kebankrapan

"Sebab itu kenapa pembangkang sudah tidak berani mengatakan GST harus dihapuskan," katanya. Pada pembentangan Bajet 2016, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara sinis berterima kasih kepada pihak pembangkang kerana seperti sudah memahami keperluan GST kepada negara apabila memasukkan perkara itu dalam Belanjawan Alternatif mereka.

Sumber : azmyawangklanajaya

No comments:

Post a Comment