23 Oktober 2015.
Majlis mesra bersama rakan facebook oleh Puteri Umno Maran telah di adakan bersama Umno Maran di Maran Hill Golf Club. Ketua Puteri Umno Maran merangkap Adun Luit, Yb Nuhidayah Hj Mohd Shahaimi telah mengambil inisiatif untuk beramah mesra dengan ahli ahli Puteri Maran yang aktif di dalam facebook di majlis tersebut.
Turut menjemput portal Mykmu.net sebagai tetamu khas, program ini merupakan langkah awal mendekatkan Puteri Maran dengan media maya dan sosial.
Mengambil kira peranan media sosial, Yb Nurhidayah berpendapat pendedahan ini akan memberi kesedaran kepada Puteri Maran tentang keberkesanan media sosial sebagai salah satu cara berkomunikasi dan menyampaikan maklumat sahih.
Dalam ucapan aluan oleh Ketua Puteri Maran, beliau menyentuh tentang perlunya ahli Puteri mencari portal serta berita sahih dari sumber yang di percayai. Menyedari akan tekanan di dalam isu nasional, Nurhidayah juga meminta agar Puteri lebih aktif dalam menjadi benteng kepada Umno.
Usaha ini seharusnya di puji kerana bukan mudah menyampaikan maklumat yang benar kini. Puteri Maran juga di ingatkan media sosial juga memainkan peranan penting dalam menerangkan setiap persoalan yang melanda negara.
Yb Nurhidayah turut
berhasrat melatih Puteri Maran yang berminat dalam menjadi sebahagian dari jentera penerangan dalam menghadapi Pilihanraya akan datang.
Ahli Puteri turut di beri peringatan, Umno sepatutnya di pertahankan bersama dari sebarang serangan politik oleh pembangkang. Perjuangan Agama,Bangsa,Tanahair merupakan objektif Puteri Umno dan ini perlu di hayati setiap Puteri Maran. Nurhidayah turut menyatakan rasa kesal atas serangan terhadap Presiden Umno, Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak oleh pembangkang semasa pembentangan Belanjawan 2016 petang tadi.
Semoga usaha Yb Nurhidayah akan menyedarkan golongan muda akan kepentingan Puteri dalam usaha mempertahankan institusi Umno itu sendiri.
Berkelulusan aliran Agama dari Universiti Al Azhar Mesir, Nurhidayah merupakan ikon terbaik buat Puteri Umno Pahang dalam menawan pengundi muda Pahang terutama dari kalangan remaja.
Semoga usaha ini akan mencapai matlamat serta di teruskan dengan kerjasama erat dari semua ahli Puteri Umno Maran.

No comments:
Post a Comment