Sunday, 18 October 2015

AWANI BERI PERSEPSI BURUK TERHADAP IMEJ PM.

Kuala Lumpur
18Oktober 2015

Awani Hanya Sensasikan Penjelasan Perdana Menteri.

Dalam entri Awani hari ini, penjelasan oleh Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak mengenai kenaikan tol, di sensasikan seolah PM menyokong penuh tanpa mengambil kira faktor ekonomi rakyat.

Berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke 44 Parti Gerakan, Perdana Menteri menjelaskan bahawa kenaikan tol merupakan perjanjian konsesi dengan kerajaan 20 tahun lepas.

Kerajaan tidak dapat menghalang kadar kenaikan itu berdasarkan perjanjian yang telah di tandatangani. Mengulas tentang kadar kenaikan, PM berkata kerajaan terpaksa akur kerana jika tidak mengikut perjanjian maka pampasan sebanyak RM 1.08B perlu di bayar kepada konsesi. Ini tidak di jelaskan oleh Awani kepada rakyat.



Gesaan Gerakan meminta agar kadar BR1M di naikkan, PM berkata bayaran dari pampasan kepada konsesi lebuhraya akan di gunakan kelak. Justeru itu tidak timbul persoalan seperti yang di dakwa oleh Awani melalui tajuk entri terbaru mereka.

Rakyat perlu meneliti isi kandungan sesuatu bahan bacaan, sebelum membuat rumusan. Awani juga harus sedar, permainan persepsi tajuk amat besar impaknya kepada rakyat.

Sebarang tajuk negatif mampu memburukkan suasana meskipun yang sebaliknya berlaku. Oleh demikian sebarang bahan untuk di berikan kepada rakyat perlu di sertai dengan tanggungjawap.

Awani kini di lihat seperti menjadi lidah rasmi kepada sesetengah pihak yang mahu memburukkan imej Perdana Menteri Malaysia. Apakah ada agenda tersembunyi di dalam Awani hingga tajuk dan kandungan bahan bacaan berbeza.