Kuala Lumpur
17Oktober 2015
PRU14... Dimana Kedudukan Barisan Nasional.
Dalam setiap pilihanraya pengundi di anggap aset yang bernilai kepada setiap parti yang bertanding.Di mana kedudukan mereka selepas pilihanraya dijalankan.
Umum mengetahui bahawa pola pengundi kini amat berbeza dengan 30 tahun lepas.Kaum yang paling setia mengundi tanpa kompromi di juarai oleh Melayu walau siapa pun calon, kemenangan harus diberi kepada Barisan Nasional.
Dengan perubahan zaman analog ke zaman digital dan seterusnya ke zaman IT sebagai keperluan segalanya berubah. Pengundi tidak lagi hanya bergantung kepada media cetak untuk setiap parti menyampaikan manifesto mereka dan memenangi hati pengundi.
Umno sendiri telah melancarkan program pendaftaran secara talian namun kempen menambah ahli Umno dan pengundi tidak berlaku dengan agresif. Berbeza sekali dengan apa yang apa yang parti lawan yang sentiasa mengemaskini status pengundi yang memihak mereka.
UMNO seharusnya membuat perbandingan dengan Dap yang acapkali membuat promosi menambah jumlah pengundi yang keciciran dalam senarai pemilih.
Dimana sikap pemimpin Umno serta Sayap Umno dalam mencapai matlamat mengekalkan kuasa BN. Andai di daftarkan apakah ada jaminan merampas semula negeri yang di kuasai pembangkang? Di mana kempen Umno dalam hal jumlah pengundi dan memastikan status quo dalam Barisan Nasional.
Umno sepatutnya sudah mulakan kempen membawa kembali suara pengundi baru kedalam pilihanraya akan datang. Masa juga semakin suntuk untuk terus retorik dalam apa juga perancangan.
Penerangan UMNO juga memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat. Perlu di gerakkan secara efektif dan agresif dalam mencari semula undi yang hilang kepada pembangkang.
Peranan media sosial dan maya boleh di gunakan untuk menggerakkan kempen secara total. Mengukuhkan kembali penerimaan anakmuda terhadap UMNO dan Barisan Nasional, menjadi agenda penting dalam menentukan nasib BN kelak.
Kerjasama dari komponen juga amat penting dalam Barisan Nasional. Setiap pengundi baru amat di perlukan dalam penentuan kalah menang BN. Konsep kerjasama ini telah lama terjalin dalam BN, dan akan terus di laksanakan di masa depan.
Dengan serangan liar oleh pihak pembangkang, BN sepatutnya mengambil langkah proaktif dalam menangani masaalah tersebut. Kerjasama dari Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia juga penting dalam memantau pihak yang tidak bertanggungjawap.
Penyebaran fitnah melampau terhadap kerajaan perlu di hentikan agar rakyat tidak terpedaya. SKMM kini mempunyai makmal digital dalam mengenalpasti mereka yang membuat onar dalam penyebaran fitnah.
Rakyat percaya jika penyebaran maklumat secara berkala ini di lakukan, jumlah pengundi yang kembali menyokong BN akan bertambah. Di sini pentingnya peranan Penerangan UMNO.
Isu serangan 1MDB juga antara faktor yang mengaburi mata rakyat. Kekuatan jentera Penerangan UMNO perlu di gerakkan untuk menjelaskan kepada rakyat tentang kebenarannya. Polemik yang di cetuskan oleh pembangkang nyata di sambut oleh bekas pemimpin yang kecewa.
Pelbagai cabaran bakal di hadapi oleh UMNO. Rakyat semakin menerima segala usaha kerajaan dalam melestarikan Malaysia dan ekonomi. Pertemuan secara langsung bersama pimpinan juga perlu di beri perhatian. Inilah yang akan menambat semula hati pengundi.
Menyajikan berita tentang segala usaha Perdana Menteri serta kabinetnya untuk memberi keselesaan kepada rakyat wajar di perlihatkan.
Percaya dan yakin bahawa UMNO,BN sentiasa akan menjadi pilihan rakyat demi kestabilan negara,ekonomi dan kesejahteraan Malaysia.
No comments:
Post a Comment