Friday, 16 October 2015

Berbayar Atau Percuma, RTM Menawan Penonton.

Kuala Lumpur
16 Oktober

Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran Strategik RTM, Datuk Adilah Shek Omar optimis langkah Kementerian Penerangan Dan Komunikasi melaksanakan program menaiktaraf kualiti audio visual kepada digital akan menjadi kenyataan dalam tempoh dua tahun.

Proses ini membabitkan penambahan siaran di saluran RTM. Di jangka empat siaran akan di tambah di dalam saluran RTM dengan penggunaan dekorder Set Top Box ( STP ).

Penambahan ini juga tidak akan membebankan rakyat kerana tiada yuran akan d kenakan. Rakyat di jangka menerima siaran lebih berkualiti setelah semua proses selesai.

Proses menaiktaraf ini bermula di pantai timur dan akan di kembangkan ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada tahun depan.

Ini merupakan sebahagian dari usaha Kementerian Penerangan Dan Komunikasi dalam memastikan keselesaan dan keperluan rakyat menerima saluran tv dengan lebih baik.

Perlu di ingatkan persaingan dari syarikat penyiaran berbayar membebankan rakyat. Di momokkan dengan slogan tiada iklan,kebelakangan ini penonton mula rasa tertipu apabila penyiar berbayar mula menyiarkan iklan di dalam siaran.

Penambahan yuran pula di katakan agak berat sebelah kepada rakyat. Dengan program RTM, rakyat tidak akan di bebankan dengan yuran yang tidak masuk akal. Kualiti penyiar berbayar pula jauh akan ketinggalan bila terlaksananya program digital daripada RTM.

Keprihatinan Kementerian Penerangan Dan Komunikasi pula nyata menyerlah, apabila mementingkan kualiti sesebuah rancangan yang akan di siarkan. 


No comments:

Post a Comment