Wednesday 14 October 2015

UMNO PAHANG TIDAK TERJEJAS-Dato Mohd Sharkar Shamsudin

Temerloh, Pahang
15 Oktober 2015

Penghijrahan Saifuddin Abdullah ke Parti Keadilan Rakyat Tidak Jejas Umno Temerloh.

Menurut Dato Mohd Sharkar penghijrahan tersebut adalah normal di dalam negara demokrasi. Beliau berkata demikian semasa dihubungi dan di minta pandangan.

Beliau juga mengucap tahniah dan selamat maju jaya kepada Saifuddin di dalam parti baru.

Tentang Umno Temerloh,menurut Dato Mohd Sharkar ianya tidak terjejas langsung dengan kejutan ini. Malah beliau juga memberitahu ini adalah peluang terbaik UMNO menampilkan muka baru untuk mewakili Barisan Nasional di dalam Pru14 nanti.

Kekuatan Saifufdin juga di fahamkan telah lama luntur di peringkat bawahan selepas kekalahan kepada calon Pas. Beliau juga tidak lagi memegang jawatan penting di dalam UMNO negeri dan pusat.

Selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang, Dato Mohd Sharkar juga mengingatkan bahawa UMNO juga pernah kehilangan pemimpin lain yang melompat parti namun UMNO tetap teguh.

Semoga Dato Saifuddin akan meneruskan teori 'new politic' beliau di dalam PKR.
UMNO Pahang akan terus teguh dalam mempertahankan negeri dan negara dari jatuh ke tangan pembangkang.

No comments:

Post a Comment