Saturday, 17 October 2015

Transformasi Bukti Najib Prihatin.

Kuala Lipis
Pahang

Transformasi luar bandar yang di lakukan di Pos Titom,Pos Cincin dan Pos Lenjang di daerah Lipis menunjukkan keprihatinan kerajaan Pusat dan Kementerian Luar Bandar Dan Wilayah serta Jabatan Kemajuan Orang Asli.

Projek bernilai ini menghubungkan dunia luar ke masyarakat Orang Asli. Jalan konkrit dan tar di bina untuk keselesaan masyarakat pribumi berhubung dengan dunia moden.

Terletak di tengah tengah banjaran Titiwangsa, KKLW dan JAKOA tidak pernah melupakan masyarakat pribumi.

Projek ini memakan masa yang lama atas faktor mukabumi, namun ianya bukan penghalang kemajuan Orang Asli. Perjalanan memakan masa selama 3 hari ke sana kini hanya mengambil masa 3 jam sahaja.

Selain di lengkapi kemudahan jalanraya, bekalan elektrik solar dan air bersih turut di sediakan dalam projek ini. Di jangka selepas selesai semua projek menaiktaraf jalan, perjalanan akan di singkatkan kepada 1 jam 40 minit.

Inilah bukti keprihatinan Kerajaan Barisan Nasional kepada rakyat yang tidak di dendangkan. Rakyat juga perlu sedar Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak, menyambung legasi yang di amanahkan kepada beliau.