Saturday, 3 October 2015

Untung Di Kejar,Rakyat Menderita..Penangan Bauksit.

Perlombongan bauksit di Taman Sungai Karang Jaya kini menimbulkan masalah buat penduduk setempat.

Rungutan demi rungutan dari penduduk setempat seperti tidak meninggalkan kesan kepada Majlis Perbandaran Kuantan.

Kawasan perlombongan yang terlalu hampir dengan perumahan dan sekolah Sungai Karang,Kuantan.

Kemusykilan timbul apabila lesen melombong diluluskan oleh Jabatan Mineral Dan Geologi Pahang walau terdapat penempatan dan sekolah sekaligus membahayakan nyawa kanak kanak akibat pencemaran.

Bagaimana sesuatu lesen boleh diluluskan oleh JMG tanpa memikirkan risiko kepada penduduk disana.Adakah berlaku ketirisan didalam Pejabat Tanah Dan Galian serta Jabatan Mineral Dan Geologi dalam proses meluluskan permit melombong.

Perkara ini mengundang kemarahan rakyat kepada kerajaan negeri dan ini memberi imej buruk kepada Menteri Besar selaku kuasa eksekutif didalam Pahang.

Mungkin tiba masanya Kerajaan Negeri mengambil pendekatan yang lebih tegas dalam meluluskan sebarang permohonan melombong yang berisiko tinggi serta memghadkan pengeluaran bauksit didalam Pahang demi kesimbangan ekosistem alam semulajadi.

Bauksit merupakan salah satu punca pencemaran logam berat didalam sistem pengairan dan ini dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan penduduk setempat secara amnya dan Pahang khususnya.

Adalah diharap Kerajaan Negeri tidak hanya mengejar keuntungan dari pemjualan bauksit kepada pihak luar.Pemantauan terhadap PTG dan JMG juga perlu disertai oleh pihak SPRM dalam memastikan tiada sebarang unsur rasuah melibatkan kelulusan setiap lombong bauksit didalam Pahang.

Rakyat sudah letih dan muak dengan setiap jawapan klise oleh pihak kerajaan setiapkali isu ini dibamgkitkan.Andai ini tidak ditangani dengan terurus,tidak mustahil undi protes dalam pilihanraya akan dihadapi oleh Kerajaan Negeri kelak.

Pembangkang akan sentiasa memerhati dan mengambil kesempatan atas setiap kelemahan kerajaan negeri yang diterajui oleh BN.