Saturday, 17 October 2015

Plan Transformasi Barisan Nasional, Najib Berjaya Laksanakan.

Banjaran Titiwangsa
Pahang

Projek membekalkan tenaga elektrik solar yang di usahakan oleh Kerajaan Barisan Nasional, terbukti memberi masyarakat pribumi merasai arus moden masa kini.

Walau di himpit dengan tarif elektrik yang agak tinggi akibat perebutan kuasa oleh IPP swasta, Kerajaan melalui KKLW dan JAKOA berusaha memberi yang terbaik untuk Orang Asli.

Ini adalah sebahagian dari plan Transformasi Luar Bandar yang di usahakan oleh Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak. Siapa sangka masyarakat yang dahulunya ketinggalan jauh dari arus moden, kini menikmati kemudahan yang sama dengan masyarakat bandar.

Barisan Nasional sentiasa memenuhi janji dalam menifesto demi kelestarian rakyat Malaysia. Sebahagian projek ini tidak di war warkan dan ini membuat rakyat luar tidak tahu bahawa pembangunan sedang rancak di lakukan oleh Kerajaan.

Atas dasar kesamarataan yang di janjikan, sebahagian besar peruntukan di salurkan kepada semua kaum tanpa prejudis. Apa lagi yang mampu di nafikan oleh pembangkang.

Kerajaan Negeri Pahang juga sentiasa menjaga kepentingan rakyat Pahang. Dengan pelbagai peruntukan oleh negeri, kini Pahang sedang pesat di majukan secara teratur dan progresif di bawah Barisan Nasional.

Ini semua tidak mungkin di lakukan jika politik Negeri dan Negara tidak stabil. Apa yang perlu di lakukan adalah mengekalkan kuasa BN di Pahang dan ini menjamin kestabilan politik dan ekonomi Pahang.

No comments:

Post a Comment