Saturday, 3 October 2015

Pengundi Pekan Di Seru Jatuhkan Najib..Mahathir Makin Menggila.


Dalam satu program di hotel D'Palma mantan PM,Tun Mahathir telah mengecam Perdana Menteri Dato Sri Najib Razak sebagai penakut.Kecaman itu dinyatakan kerana Najib enggan melepaskan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Dalam program itu juga,Mahathir turut menggelar Najib sebagai 'pencuri' kerana kononnya tidak menjelaskan kepada beliau tentang dana 2.6billion yang dikatakan sebagai derma politik.

Program anjuran sebuah cawangan Umno itu turut dikatakan 'menjual meja' untuk peserta yang berminat untuk hadir.

Apa yang dikesali Mahathir memggesa agar pengundi Pekan menjatuhkan Najib dalam pilihanraya akan datang sebagai tanda memyokong beliau.

Tindakan seorang yang bergelar negarawan itu dilihat sebagai satu cubaan 'desperado' oleh mantan pm dalam usaha menjatuhkan kredibiliti Najib selaku Perdana Menteri yang dipilih secara demokrasi pada Pru13.

Dalam menyeru rakyat Pekan itu Mahathir mendakwa hanya mahu menjatuhkan Najib sendirian dan bukan BN atau Umno.Ini sebenarnya menimbulkan kekeliruan buat rakyat kerana sebagai seorang yang pernah duduk dikerusi eksekutif itu,Mahathir seolah berdendam terhadap Najib.

Mana mungkin hanya jatuhkan Najib seorang tapi dalam masa sama minta kekalkan BN,Umno.Kenyataan itu agak tidak logik buat ahli Umno khususnya memandangkan Mahathir mendakwa sayangkan Umno.

Ini bukanlah serangan pertama Mahathir terhadap Najib.Apa pula kata pengundi Pekan yang selama ini memyokong penuh kepimpinan Najib apatah lagi rekod beliau selaku Menteri Besar Pahang yang termuda amat baik.

Program anjuran sebuah cawangan Umno itu juga dikhabarkan dipulau oleh ahli cawangan sendiri.Mereka lebih bijak dalam menilai ketamakan ketua cawangan tersebut yang dikategorikan sebagai orang kecewa.

Apakah Mahathir akan turut berkata sedemikian pada program sama yang di war warkan akan diadakan di Tawau pada 5/10/2015 nanti.

Mahathir usah pecahbelahkan lagi Umno,cukuplah apa yang telah terjadi dahulu.


No comments:

Post a Comment