Thursday, 29 October 2015

RTM SEDIA HOS SIARAN LANGSUNG DEBAT TONY PUA DAN ARUL - SALLEH SAID KERUAK

Kuala Lumpur
29 Oktober 2015


RTM bersedia untuk menyiarkan siaran langsung debat mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di antara Presiden dan Pengarah Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda dan ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Tony Pua, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Beliau berkata kesediaan RTM untuk menyiarkan debat itu secara langsung membuktikan sikap keterbukaan kementerian itu.
"Kita boleh siarkan debat (antara Arul dan Phua) ini secara langsung," kata Salleh kepada Bernama di sini hari ini.
Sebelum itu, Arul menerima cabaran Tony untuk berdialog menerusi program bual bicara yang disiarkan secara langsung.
“YB Tony Pua telah mencabar saya (dalam laporan) pagi ini untuk bersamanya dalam program bual bicara secara langsung. Saya menerima cabaran itu dan menanti untuk menjawab semua soalannya,” kata Arul dalam satu kenyataan, di sini.
Rabu lepas, Tony mencabar Arul untuk bersamanya dalam temu bual yang bersiaran secara langsung bagi menjawab segala persoalan yang dibangkitkan terhadap 1MDB.

No comments:

Post a Comment