Pahang
2015
Adun Dap Mentakab, Tengku Zulpuri tewas dalam pemilihan untuk negeri Pahang baru baru ini.
Bermodalkan ugutan yang di terimanya sebagai bekal kempen,ternyata ianya bukan jaminan kemenangan. Tewas di tangan Adun Tanah Rata, Zulpuri hanya memdapat 109 undi sahaja.
Kekalahan ini satu pengajaran untuk kaum Melayu yang menyertai parti tersebut. Jelas parti Dap sebenarnya tidak memerlukan undi dari kaum Melayu untuk menawan Pahang dari Barisan Nasional.
Hanya sempat menduduki tempat sebagai pengerusi Dap Pahang selama 2 tahun, Zulpuri lupa bahawa beliau dan Ariff Sabri hanyalah platform Dap untuk meraih undi dari kaum Melayu Pahang.
Ternyata selepas berjaya membolosi Pahang, Dap tidak memerlukan khidmat mereka di dalam jawatan tertinggi peringkat negeri. Zulpuri pula baru baru ini menimbulkan kontroversi dengan melibatkan Mufti Pahang.
Rakyat Pahang perlu sedar Dap hanya mahukan kuasa, bukan memperjuangkan dan membela rakyat. Perbezaan ketara antara dua parti kini semakin jelas.
Mengekalkan Zulpuri dan Ariff Sabri dengan jawatan lantikan dalam kepimpinan Dap Pahang, hanyalah sebagai mengambil hati kaum Melayu.
Jika di lihat secara lebih mendalam, Dap sememangnya mahu berkuasa di dalam Pahang. Hasil negeri yang agak lumayan menjadi idaman untuk Dap. Bila di lihat setiap Dun dan Parlimen yang di wakili Dap, perbezaan amat ketara dari pelbagai sudut. Pembangunan dan kemajuan pastinya perlahan kerana Adun dan ahli Parlimen dari Dap hanya mementingkan diri dan bukan rakyat yang di wakili.
Rakyat negeri Pahang perlu menolak Dap dari menguasai Dewan Undangan Negeri Pahang pada Pilihanraya akan datang.
No comments:
Post a Comment