Friday, 20 November 2015

Sekolah Agama Mampu Bersaing Dalam Pahang.

Majlis makan malam Gala Dinner "Night of Thousand Dinner" SMA Kota Gelanggi 3 (SABK) telah diadakan pada 19 November 2015 (Khamis) di Felda Residence Tekam. Majlis dirasmikan oleh Yang Berusaha Mohd Mustafa Saaban, Pengetua SMA Kota Gelanggi 3.

Majlis bertujuan meraikan tamatnya sesi persekolahan 2015, penyampaian sijil-sijil kepada pengawas-pengawas sekolah dan cenderahati buat guru-guru.

SMA Kota Gelanggi 3 diasaskan pada tahun 1991 hasil permuafakan penduduk Felda Kota Gelanggi 3 dan Felda Kota Gelanggi 1. Bermula dengan sebuah bangunan asas separa batu, pengajian di SMA Kota Gelanggi 3 pada mulanya
menggunakan pengenalan sebagai SMA Rakyat An-Nizzommiah Al-Islamiah. Pada tahun 1994, ianya didaftarkan dibawah Jabatan Agama Islam Negeri Pahang.

Pada tahun 2007, SMA Kota Gelanggi 3 telah menjalankan usaha untuk menjalinkan
kerjasama persefahaman dengan Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran
Malaysia. kerjasama ini akan membolehkan SMA Kota Gelanggi 3 meneruskan usaha menjadi sebuah institusi pendidikan agama di Felda dengan Lebih terurus dan terunggul.
Pada tahun 2009, SMA Kota Gelanggi 03, dengan rasminya mendaftar sebagai Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kementerian Pelajaran Malaysia.

Selepas SMA Kota Gelanggi 3 didaftarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) banyak manfaat diterima oleh pelajar dan guru, dan perubahan itu meningkatkan kredibiliti kerajaan negeri.

Kredibiliti kerajaan negeri akan dilihat lebih tinggi kerana kita berusaha meletakkan SMA Kota Gelanggi 3 ke tahap yang lebih cemerlang.

Melalui SABK membolehkan kerajaan persekutuan memberikan bantuan dan sumbangan yang lebih baik meliputi perjawatan, perkhidmatan, kewangan, kurikulum dan ko-kurikulum.

Pelajar berpeluang menyertai aktiviti ko-kurikulum di semua peringkat. Markah ko-kurikulum diperlukan untuk kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT). Jawatan guru dan kakitangan secara kekal dan diserap ke dalam perkhidmatan kerajaan serta berpeluang menikmati kemudahan dan kelayakan seperti sekolah arus perdana.

Semoga SMA Kota Gelanggi 3 terus cemerlang dan melahirkan modal-modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment