Wednesday, 25 November 2015

Pahang Buat Persediaan Awal Hadapi Banjir.

Kerajaan Negeri Pahang Siap Siaga Menghadapi Banjir.


Kerajaan Negeri Pahang mengambil langkah awal menghadapi musibah yang melanda negeri ini pada tahun lepas. Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato Seri Muhammad Safian Ismail berkata, walau di ramal tidak seburuk tahun lepas namun kerajaan negeri enggan mengambil risiko.

Langkah awal mempersiapkan semua agensi dalam menghadapi banjir pada tahun ini lebih teratur dengan memastikan bekalan makanan setiap kawasan berisiko cukup untuk menampung mangsa yang di tempatkan di pusat pemindahan.

Antara tindakan yang akan di ambil dalam peraancangan musim banjir adalah
  • pusat kawalan banjir yang di letak berasingan dari pejbat polis daerah dan negeri
  • menambah pengkalan pemindahan dari 80 ke 101 
  • menambah pusat pemindahan dari 627 ke 653 yang mampu menempatkan seramai 153,000 mangsa banjir
Segala bekalan telah di letakkan di pengkalan hadapan dan di jangka ianya mencukupi. Selain itu tarikh luput setiap bahan makanan dalam tin serta bungkusan di periksa secara berkala.

Taklimat khas juga telah di beri kepada wakil rakyat dan ahli politik untuk mereka memahami prosedur perpindahan jika keadaan memerlukan.

Jabatan Pengairan Dan Saliran ( JPS ) juga memantau longkang serta sungai dalam usaha memastikan ia tidak tersumbat.