Wednesday 25 November 2015

60% Vape Perisa Nikotin Di Pahang



Hampir 60 peratus perisa vape atau rokok elektronik yang dijual di pelbagai premis di negeri Pahang dikesan mengandungi nikotin yang melanggar undang-undang ditetapkan.

Pengarah Kesihatan negeri Pahang, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata bagi membanteras penyalahgunaan itu, pihaknya menjalankan serbuan bagi memeriksa secara khusus kandungan perisa vape yang dijual bagi memastikan ia mengikut peraturan.

“Kita sudah menghantar sampel kandungan vape dari seluruh negeri ke Jabatan Kimia untuk dianalisis dengan lebih tepat dan keputusannya bakal diketahui dalam masa terdekat iaitu awal bulan depan.

“Peniaga yang menjual perisa vape mengandungi nikotin akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Racun 1952. Ini kerana tiada satu nikotin dalam perisa vape yang dilesenkan Kementerian Kesihatan setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Jantung Sedunia peringkat negeri

Baca seterusnya 

                          /http://www.bicara.news/

No comments:

Post a Comment