Monday, 8 August 2016

'Tangan Ghaib' Tidak Perlu Campur Urusan Malaysia, Siapa Mengundang Jika Bukan Orang Kecewa?




SIAPA MENGUNDANG 'TANGAN GHAIB' MEROSAKKAN NEGARA?




Parti politik tidak sempurna tetapi tidak pernah dalam sejarah peradaban dunia moden demokrasi sebuah parti mampu bertahan dengan segala ujian sehebat yang dilalui Umno selama ini. Sejak diwujudkan oleh pengasasnya Dato Onn di Johor Bahru, ternyata Umno sudah mangli dengan segala bentuk ancaman pengakhiran sebuah parti politik namun kesetiaan ahli Umno yang tidak pernah jemu memberi sokongan kepada pemimpin tidak boleh dipandang remeh.

Umno turut pernah di landa isu melibatkan onar yang dilakukan beberapa bekas pemimpin Umno sendiri dan ia telah di tangani setelah hebat ditangani oleh ahli yang tidak mahu melihat kehancuran parti keramat orang Melayu tersungkur kerana haloba kuasa dan nafsu mengekalkan kuasa. Selepas di ambil alih oleh 'Pak Lah', Umno semakin berubah dan menerapkan transformasi yang terbaik bagi mewakili suara akar umbi dalam menyampaikan setiap luahan rakyat kepada pemimpin Malaysia.


Najib yang mengambil alih tampuk dari Pak Lah pula mahukan ketelusan yang lebih baik dalam parti hingga sanggup melakukan perubahan besar yang melibatkan kedudukan Presiden sebagai autoriti tertinggi parti. Pembaharuan ini sangat disenangi ahli Umno sendiri kerana Najib dengan beraninya meletakkan nasib Presiden kepada ahli Umno secara total bagi mengelakkan isu kronisme dan nepotisme dari berulang dan menjadi penyakit dalam Umno di mana tiada parti lain yang berani melakukan perkara tersebut sebelum ini.



Pengorbanan ini memerlukan satu keberanian yang amat tinggi dan Najib membuktikan beliau tidak gentar berbuat demikian walau tahu ini mengundang risiko dan dalam masa yang sama beliau tahu ahli Umno mengerti maksud kesetiaan kepada parti dan institusi Presiden Umno itu sendiri. Ujian yang melanda pemerintahan Najib diharungi dengan sabar dan kini rakyat semakin kagum dengan corak yang beliau terapkan walau pelbagai kontroversi melanda dan mengocak pemerintahannya. Dengan kewujudan isu isu yang sengaja diada adakan pihak lawan serta pihak yang berselindung dalam selimut, Najib tanpa sangsi meletakkan keduduaknnya kepada lebih 3 juta ahli Umno untuk menilai kebolehannya melaksanakan transformasi yang dijanjikannya dulu.




Pesaing politik dari parti lain belum lagi berani melakukan perubahan drastik kerana tidak yakin dengan ahli mereka sendiri, malah terpaksa meletakkan proksi dari kalangan keluarga mereka sendiri bagi mengekalkan kuasa dan pengaruh. Lihat sahaja pesaing pesaing Umno dari luar parti Barisan Nasional yang semakin jelas tidak memberi ruang kepada mereka yang berkebolehan bagi memikul tugas. Jika ada kalangan ahli mereka di lihat menjadi ancaman kepada faktor kuasa keluarga maka orang itu perlu bersedia 'terkorban' dalam medan tempur dalaman parti.



Berbeza dengan ketelusan Umno melakukan perubahan, pesaing masih belum mampu menggantikan Umno selaku tonggak kerajaan Malaysia dan ini merupakan hakikat yang tidak mampu di sangkal. Mutakhir ini wujud pula pesaing baru kepada Umno dalam arena politik, itu sebenarnya tidak memberi tekanan kepada Umno memenangi pilihanraya akan datang kerana keyakinan Najib kepada rakyat yang mehukan kestabilan politik dan ekonomi yang sedang di pacu lebih menjadi keutamaan pengundi dan bukannya keuntungan politik semata mata.



Persaingan yang wujud dari kekecewaan beberapa bekas pemimpin yang pernah di tatang Umno sangat jelas menunjukkan kehadiran mereka dalam Umno satu ketika dahulu hanyalah kerana mahukan kuasa serta kedudukan dan bukannya untuk rakyat malah tidak langsung menjadi keutamaan pemimpin itu. Inilah yang membezakan ketelusan Umno dengan pesaing yang tidak memahami konteks sebenar perjuangan parti.



Parti yang berasakan kekecewaan telah membuktikan perjuangan mereka hanya sekadar 'lauk tambah' dan tidak mampu memberi impak terhadap pembangunan negara apatah lagi ekonomi rakyat. Amat tidak praktikal apabila parti yang mendakwa berjuang untuk rakyat hanyalah berkisar kepada isu lapok yang telah didendangkan oleh pembangkang selama ini dan mereka selaku bekas pemimpin yang pernah berkerja dalam Umno tidak pernah peduli akan isu ini selama berada dalam berisan kepimpinan. Hanya apabila telah keluar dari parti baru 



Perubahan ini semakin di terima baik oleh semua namun pesaing Umno pula bertindak sebaliknya dan mengekalkan sistem kronisme dalam parti mereka kerana berpendapat legasi seorang pemimpin perlu dikekalkan jika mahu memenangi hati pengundi apabila tiba pilihanraya. Di samping mencipta isu yang tidak logik serta mengulangi bagi menyakinkan rakyat, pihak lawan semakin berani mempertikaikan peraturan yang termaktub dalam Perlembagaan Negara berdasarkan kebebasan bersuara.


Namun demikian trend terbaru bagi pembangkang pula hanyalah menggunakan 'kebodohan' beberapa bekas pemimpin kecewa Umno yang tidak lagi berada dalam lingkungan Umno. Tanpa ada rasa malu mereka mendakwa berjuang untuk rakyat sedangkan hakikat sebenarnya perjuangan itu berlandaskan rasa dendam dan mahu menjatuhkan sebuah kerajaan mantap yang tidak mungkin pembangkang mampu lakukan dalam masa dekat.



Taktik pembangkang yang sering mengulang ulang skrip sama setiap kali ketandusan idea membawa pembangunan kepada rakyat telah jelak untuk di kaji. Kini mereka cuba untuk menguji fikiran rakyat dengan bersetuju untuk berkerjasama dengan gerombolan bekas pemimpin Umno yang kehilangan punca berfikir dan mulai bersetuju dengan apa sahaja yang dibangkitkan pembangkang. Strategi ini di lihat menguntungkan pembangkang yang sememangnya mahu menjatuhkan sebuah kerajaan yang bertahan sejak 59 tahun dengan asas demokrasi. Bagi mereka kini kerajaan perlu kembali ke jalanan dan rakyat berhak menentukan pilihan mereka dengan segala macam bentuk demonstrasi jalanan bagi mendesak kerajaan membubarkan mandat rakyat terhadap BN dalam PRU13.

Demonstrasi yang seimpama ini sememangnya dinantikan oleh pihak luar yang berminat untuk merosakkan keharmonian negara dan membuat satu anjakan dalam erti kata kebebasan bersuara hingga menghalalkan apa sahaja bentuk desakan walau tahu itu sebenarnya akan mencemari kedaulatan sesebuah negara. Hanya kerana mahu berkuasa maka ada pihak dengan senang hatinya bersetuju untuk berkompromi dengan mereka melalui dana yang disalurkan secara tidak langsung menggunakan platform Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang kononnya berjuang untuk rakyat sedangkan hakikat sebenar mereka menjadi agen kepada pihak luar yang berminat dengan kemakmuran bumi bertuah ini.

Adakah rakyat hanya akan berdiam diri melihat kehancuran negara direncanakan oleh tangan tangan ghaib dari luar menggunakan beberapa pihak yang tidak mempunyai hala tuju sebenar untuk rakyat? Tentangan mungkin akan diberikan oleh warga yang cintakan negara serta keharmonian namun demikian satu bentuk tindakan tegas perlu di ambil bagi menyekat ideologi songsang ini daripada berkembang sekaligus mematikan langkah sumbang pemimpin yang haloba.



Perlu juga rakyat diingatkan, segala bentuk meterial dan pembangunan insan dalam membina negara ini bukanlah diperolehi dengan mudah dan ianya bukan sesuatu yang boleh digadaikan demi kerakusan pemimpin politik yang kecewa. Penglibatan dalam parti politik tidak bermakna mereka yang menjadi sebagaian daripada yang menikmati kemakmuran negara boleh menggadai maruah tanahair kepada pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakyat perlu diutamakan dan bagi mencapai maksud tersebut satu kerajaan yang stabil perlu wujud dan BN ternyata berjaya membuktikannya selama ini.

Pastinya dalam PRU14 rakyat akan memberikan mandat kepada sebuah parti yang telah berjuang untuk rakyat selama 59 tahun dan tidak akan sesekali memberi ruang kepada parti orang orang kecewa dan pembangkang yang tidak mungkin dapat menandingi rekod BN. Pihak lawan yang mahu mengecewakan rakyat perlu berfikir dimanakah tahap mereka di mata rakyat jika hanya memerintah 3 buah negeri yang di penuhi skandal politik pemimpin mereka.

No comments:

Post a Comment