Thursday 28 July 2016

MENJANA MALAYSIA - Sasar Pengundi Peringkat Akar Umbi Untuk Bantu Kemenangan BN Pada PRU14



"KITA ORANG BIASA, KITA AKAN CUBA BUAT YANG LUAR BIASA"- MENJANA MALAYSIA



Program yang dianjurkan MENJANA MALAYSIA untuk mengenalpasti kelemahan di peringkat akar umbi merupakan satu cara membantu Barisan Nasional dan Umno untuk mengekalkan pemerintahan serta melindungi HAK HAK Kaum Bumiputera selaras dengan Perlembagaan Negara yang termaktub.

Perancangan yang telah diilhamkan oleh Sabari Jusoh ini menerima sambutan yang menggagumkan kerana ramai lagi yang sedar mengenai kepentingan kewujudan satu Ngo untuk membantu Umno mengekalkan penguasaan kuasa memerintah demi kesinambungan Kaum Melayu dan Bumiputera. Usaha beliau di sokong oleh rakan rakan yang insaf akan perjuangan yang perlu diteruskan untuk menjamin peranan pengundi akar umbi memahami isu isu semasa dan pentingnya mengekalkan ststus quo Umno sebagai kuasa terbesar dalam Barisan Nasional.

Golongan sasaran yang ditentukan oleh MENJANA MALAYSIA adalah pengundi yang masih terkeliru dengan propaganda pembangkang yang sentiasa menimbulkan tohmahan memburukkan kerajaan. Menyampaikan kesedaran kepada peserta program mengenai fitnah fitnah yang melanda pentadbiran kerajaan serta menegur kelemahan kerajaan sentiasa menjadi topik utama dalam program MENJANA MALAYSIA, malah perbincangan terbuka antara fasilitator bersama peserta dilakukan dalam suasana harmoni bagi membolehkan pemahaman yang lebih mendalam di perolehi setiap peserta.

Mengekalkan matlamat asal untuk membantu kemenangan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum terus diserapkan kepada peserta program dalam setiap sessi dan mereka juga diingatkan mengenai perjuangan asal Umno untuk kaum Melayu dan penguasaan ekonomi untuk kaum Melayu berdaya saing selari dengan pembangunan negara. Peranan besar MENJANA MALAYSIA ini perlu diberikan perhatian oleh pemimpin kerana mereka telah menubuhkan Skuad Elit bagi setiap peringkat bagi mendekati pengundi atas pagar yang adakala keliru apabila di asak dengan fitnah fitnah pembangkang. Skuad Elit inilah yang akan menerangkan perkara yang sebenar kepada pengundi atas pagar seterusnya memberi impak positif kepada imej Umno itu sendiri.

Modul program MENJANA MALAYSIA yang disediakan barisan fasilitator yang berpengalaman dalam dunia politik membangkitkan rasa cinta negara serta memberi kesedaran kepada peserta mengenai kepentingan setiap dari mereka boleh memainkan peranan penting menjamin kesejahteraan negara dengan cara terbaik. Dengan bantuan dari 'orang lama' politik Malaysia, Sabari Jusoh dan MENJANA MALAYSIA membantu perkembangan positif arena politik Malaysia dan ini memberi impak positif yang ketara dalam kempen PRK Sg Besar di mana peserta yang telah menghadiri program anjuran MENJANA MALAYSIA menerapkan setiap modul yang di perolehi dalam mendekati serta menerangkan pemahaman kepada pengundi berkaitan isu isu semasa.

Setiap program yang dikendalikan MENJANA MALAYSIA pasti meninggalkan impak positif kepada peserta dan inilah matlamat Sabari Jusoh serta tenaga pengajar yang tanpa jemu terus mendekati peserta program walau selepas tamat menghadiri program dan ini merupakan sesuatu yang sangat baik dalam memastikan kelangsungan MENJANA MALAYSIA menyampaikan maklumat kerajaan dengan lebih baik terus kepada pengundi pengundi.

Sesuai dengan motto MENJANA MALAYSIA - "kita orang biasa, kita akan cuba buat yang luarbiasa" - Sabari Jusoh terus meyakinkan peserta untuk kekal kukuh menyokong perjuangan Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak serta membantu beliau membawa Malaysia kearah yang lebih baik.


NGO seperti ini seharusnya menjadi contoh terbaik kepada pihak lain yang tidak membantu tetapi bersama dengan pembangkang merosakkan keharmonian Malaysia dan kewujudan MENJANA MALAYSIA perlu menjadi pemangkin kepada Umno dan Barisan Nasional melatih peserta cara mendekati pengundi dengan berkesan dan efektif.

No comments:

Post a Comment