Tuesday, 19 July 2016
Kompromi Kerusi Parlimen, Dun - Pakatan Bakal Berebut Kuasa Bersama Gabungan Mahathir,Siapa Bakal Tersingkir?
SIAPA WAKIL PEMBANGKANG PAHANG YANG BAKAL LOMPAT PARTI?
Pilihanraya Ke13 yang menyaksikan Pakatan Rakyat (kini Pakatan Harapan) tidak berjaya mengoyahkan kuasa Barisan Nasional Pahang akan sekali lagi di uji apabila PH menerima gabungan terbaru mereka yang di ketuai Tun Mahathir. Isu perebutan kerusi ini bakal membangkitkan huru hara dalam PH yang kini semakin goyang dengan khabar akan ada 'lompat parti' dari kalangan pembangkang yang tidak senang dengan Mahathir.
Menurut sumber dari beberapa ahli pembangkang, mereka enggan memberi ruang untuk Mahathir mencatur kedudukan kerusi yang telah mereka kuasai dan seperti mana yang diketahui, Mahathir akan menggunakan pengaruhnya bagi memujuk beberapa wakil PH agar memberi laluan mudah buat gabungannya nanti.
Mahathir yang mahu membuktikan pengaruhnya masih diperlukan bagi mengimbangi kekuatan Barisan Nasional perlu bekerja keras memenangi kepercayaan Pakatan dan beliau menaruh harapan kepada individu yang setia kepada beliau selepas mengumumkan pengundurannya daripada Umno.
Bagaimanapun, halangan terbesar yang perlu Mahathir lalui ialah menentukan kerusi mana yang akan wakil beliau tandingi dalam Pahang. Pastinya Pekan menjadi salah satu sasaran utama kepada Pakatan untuk menjatuhkan Najib dan perkara ini bukan sesuatu yang mudah dilakukan. Perbelanjaan besar amat diperlukan Mahathri bagi melaksanakan kehendaknya dan pasti PH tidak akan berbelanja besar semata mata memenuhi tuntutan Mahathir. Mereka juga perlu mengambil kira kerusi yang telah dimenangi dalam PRU13 dalam memastikan kelangsungan Pakatan dalam politik Pahang.
Usaha Mahathir yang hanya lebih hebat di atas kertas mengundang persepsi di kalangan pembangkang dalam Pahang dan mereka tidak mudah menyerah keselesaan yang telah dikecapi selama ini, malah kehadiran Mahathir bersama penyokong yang tidak seberapa mengancam kekuatan PH di Pahang. Mereka dikatakan sanggup untuk tidak memberi laluan kepada gerombolan manusia yang 'gila kuasa' untuk menguasai Pahang dan akan beralih arah jika pucuk pimpinan tertinggi Pakatan mengenepikan mereka demi Mahathir.
Kini terdapat beberapa kemungkinan yang bakal dihadapi oleh Pakatan Harapan di Pahang jika mereka masih mahu meneruskan kerjasama dengan Mahathir. Kehilangan calon yang boleh memberi kemenangan selesa kepada Pakatan pasti akan berlaku dan ini adalah mimpi ngeri kepada wakil pembangkang Pahang.
Selaku salah satu kubu kuat BN, rakyat Pahang pastinya tidak akan menggadaikan keharmonian yang selama ini diberikan BN kepada mereka hanya kerana kegilaan Mahathir. Pengundi yang semakin meluat dengan sikap bermuka muka Mahathir sudah serik dengan fitnah yang dilemparkan tanpa memberi bukti kukuh atas setiap dakwaannya. Malah, wakil BN terus menabur bakti bagi memastikan rakyat Pahang terus mendapat manfaat dari kerajaan dan pembangkang pula sekadar menjadi 'tukang sorak' dan berlagak menjuarai isu sedangkan mereka tidak berusaha untuk menyenangkan rakyat.
Siapa dari kalangan wakil pembangkang Pahang akan berani kehadapan menentang 'mabuk kuasa' Mahathir kelak? Persoalan juga timbul siapakah wakil pembangkang yang dikatakan akan 'melompat parti' jika kehendak mereka tidak dipenuhi pucuk pimpinan Pakatan Harapan? Jika benar dakwaan ada wakil pembangkang bertukar arah maka secara tidak langsung Pakatan Harapan akan dibubarkan dari bumi Pahang.
Rakyat menanti dengan penuh minat siapa dari kalangan mereka yang akan mengorak langkah terlebih dahulu. Keupayaan pembangkang menjalankan amanah yang diberikan tidak mencapai kepuasan rakyat dan mereka hanya berangan untuk terus berkuasa, pastinya Pahang akan menghukum pembangkang dengan mengalahkan Pakatan Harapan dalam PRU14.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment