Thursday, 14 July 2016

Mahathir Dalang Kehancuran Pakatan Di Pahang - Peralihan Sokongan Bakal Bawa Padah Kepada Pembangkang


Bakal Hancur - Pakatan Pembangkang Terima Padah Bawa Mahathir Dalam Gabungan


Kewujudan gabungan baru dalam Pakatan Harapan semakin membingungkan wakil pembangkang dalam Pahang. Kini mereka yang tersepit antara setia kepada pimpinan tertinggi masing masing mula berkira kira untuk tidak berkompromi dalam soal pembahagian kerusi menghadapi PRU14 kelak.

Dengan sokongan yang tidak menentu dari pengundi Pahang, wakil pembangkang kini beralih arah dengan cuba memenangi hati rakyat kembali setelah tidak mempedulikan mereka selepas PRU13. Keresahan ini sekaligus mengesahkan khabar angin dari bilik gerakan pembangkang di Pahang bahawa pergolakan dalaman sesama mereka semakin meruncing.

Walau ada cubaan menafikan akan berlaku peralihan sokongan dari wakil pembangkang kepada BN, keadaan selepas bekas Mahathir mengumumkan gabungan baru dan pengambil alihan kuasa dari Ketua Pakatan Harapan amat mencabar bagi wakil pembangkang dalam Pahang. Selain cuba mengekalkan kedudukan mereka kini terhimpit dengan permintaan dari 'Team Mahathir' untuk memberi laluan kepada bakal calon dari pilihan bekas Perdana Menteri itu sendiri.

Sudah pasti wakil pembangkang sedia ada tidak akan memberi laluan mudah setelah mereka berusaha memenangi kerusi DUN dan Parlimen menentang BN dan ini akan menjadi konflik paling besar dalam karier mereka samada mahu terus bersama Pakatan Harapan ataupun beralih arah bagi memastikan kerusi mereka tidak tergugat.

Sokongan rakyat kepada kepimpinan Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak yang semakin kuat juga merupakan 'bencana' buat wakil pembangkang. Percaya bahawa Najib sukar ditewaskan membuat wakil pembangkang Pahang sudah berkira kira meninggalkan Pakatan harapan secara senyap senyap dan ini merupakan 'turn over' terbesar yang bakal mereka lakukan demi kelangsungan politik masing masing.

Mahathir yang kini dikatakan menerajui Pakatan Harapan pula hanya menimbulkan masalah bagi pembangkang yang hanya mahu menggunakan pengaruh bekas PM itu dan bukannya menjadi orang suruhan seperti semasa beliau berkuasa. Tidak dapat mereka nafikan kehadiran Mahathir hanyalah sebagai penarik sokongan dan sesekali tidak akan mendapat tempat di kalangan Pakatan selaku Ketua. Merka yang lebih mentaati Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang sudah tidak lagi mempercayai DAP yang di lihat mahu menguasai apa sahaja keputusan rasmi Pakatan.

Rakyat Pahang yang tidak senang dengan perkembangan ini sudah mula mencongak untuk menguburkan Pakatan di Pahang dengan memberi kemenangan besar kepada BN kelak seperti pengundi Kuala Kangsar dan Sg Besar lakukan.

Secara tidak rasmi Pakatan akan tidak lagi mempunyai wakil di Pahang dan ini bakal menjadi tamparan hebat kepada Mahathir yang ternyata hanya mahu berkuasa dan mencatur pergerakan politik pembangkang.

No comments:

Post a Comment