BERI RUANG KEPADA MUKA BARU YANG MAMPU BERI KEMENANGAN KEPADA BN.
Pecahan undi bakal berlaku dengan kehadiran parti baru yang ditubuhkan oleh golongan kecewa Umno dan ini sesuatu yang perlu di lihat sebagai satu bentuk ancaman politik dalam Pahang. Hala tuju parti baru tersebut yang sealiran dengan parti sedia ada pula tidak memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional Pahang untuk mengekalkan kedudukan dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen jika tidak bersedia menangkis segala tohmahan dengan berkesan.
Walau menjadi salah satu kubu kuat BN dan Umno, kehadiran parti baru yang pastinya akan bersekongkol dengan parti lain dalam usaha menumbangkan kerajaan BN Pahang tidak akan berhenti selagi matlamat mereka tidak tercapai. Dengan mewujudkan isu nasional yang sering digemabr gemburkan sudah pasti pembangkang akan mengambl kesempatan bagi meyerang saraf penting Umno dan BN Pahang iaitu pengundi atas pagar yang mampu menjadi penentu kemenangan sesebuah parti.
Penerangan yang berkesan perlu digerakkan oleh BN Pahang jika mahu terus memenangi hati pengundi Pahang yang mengikuti perkembangan semasa dari pelbagai media dan menjadi trend kepada anak muda kini rujukan mereka hanyalah protal portal yang menyajikan kisah panas tanpa penjelasan. Malah golongan 'lama' Pahang juga sudah mula mengikuti perkembangan melalui media sosial dan ini merupakan satu kelebihan kepada pihak lawan dalam menyalurkan propaganda mereka secara berkesan terus ke akar umbi.
Peranan yang di pikul oleh Umno dan BN Pahang pula di lihat tidak banyak membantu penerangan berkesan berikutan sikap tidak acuh pemimpin yang berasakan rakyat Pahang ketinggalan dari segi meklumat hujung jari dan inilah kelemahan ketara dalam BN Pahang. Sikap tidak mesra media sosial pemimpin perlu di kikis jika mereka mahu yang terbaik daripada pengundi muda yang menjadi pola penentu kemenangan dalam PRU kelak.
Tidak dapat dinafikan kerja keras Umno dan BN di peringkat 'realiti' sangat berkesan dalam memastikan Umno terus memerintah Pahang, malah Umno dan BN membuktikan mereka melakukan yang terbaik buat setiap pengundi walau dari pihak lawan tanpa kompromi dan perbezaan ideologi politik. Bantuan yang disediakan juga tidak memilih bulu kerana penyokong pembangkang turut menikmati bantuan yang disediakan kerajaan negeri atas nama rakyat Pahang.
Apa yang dikesalkan sikap penyokong pembangkang yang sering melontar tohmahan kepada kerajaan serta cuba menghasut rakyat lain agar turut membenci kerajaan. Mereka membolot segala bantuan daripada kerajaan dan dalam masa sama tetap tidak menyokong kepimpinan kerajaan malah enggan berterimakasih atas segala bantuan yang disediakan kerajaan. Pada pendapat mereka segala itu merupakan 'Hak Rakyat' dan mula 'besar kepala' bila setiap kemahuan di turuti oleh pemimpin. Walau tidak memberi sokongan kepada BN mereka tetap akan di bantu dan kerana itulah sikap pembangkang tidak pernah berubah dari terus mencaci kerajaan.
Bagi penyokong Umno dan Barisan Nasional pula, sokongan mereka terhadap kerajaan memerintah seakan di pandang sepi setiap kali usai PRU dan khidmat mereka hanya di tagih bila Parlimen dibubarkan. Muak dengan sikap klise BN, sokongan yang mulanya uth buat BN dan Umno mulai pudar apabila pemimpin yang mereka angkat tidak memperdulikan suara suara rakyat yang mahu perubahan dilakukan dan bila segala janji pemimpin hanya tinggal janji. Sikap yang merosakkan rasa hormat, sayang kepada BN dan Umno inilah yang kini dihadapi dan perlu ditangani dengan segera bagi mengelakkan lebih banyak kerosakkan berlaku.
Realistik dengan penubuhan parti baru yang masih hijau, Umno dan BN tidak boleh mengambil mudah memandang rendah kebolehan pembangkang merampas kedudukan dalam DUN Pahang dan Parlimen Pahang. Walau datang dari serpihan pemimpin kecewa yang belum jelas hala tuju politik, Umno, BN perlu mulai mendekati golongan muda serta tidak melupakan penyokong tegar serta golongan pengundi senyap yang selama ini meyokong kerajaan Umno, BN.
Dengan perkembangan krisis dalam pihak pembangkang Pahang yang masih mencari arah berikutan perebutan kuasa pembahagian kerusi nanti, Umno,BN perlu mengambil peluang menjelaskan kepada rakyat berkaitan isu isu semasa dan tempatan secara konsisten agar rakyat tidak cepat terpengaruh dengan dakyah pembangkang. Walau ada desas desus dari kem pembangkang yang mengatakan akan berlaku peralihan sokongan beberapa pemimpin pembangkang kepada BN, segalanya tidak boleh di pandang remeh bila tiba PRU.
Bila kuasa memilih berada dalam tangan rakyat, maka pemimpin yang bertanding perlu menunjukkan prestasi terbaik mereka bagi menyakinkan rakyat untuk memilih parti yang menjamin kestabilan serta memberi kesenangan kepada rakyat Pahang. Andai pemimpin Umno, BN masih enggan berubah maka mereka perlu tahu risiko kalah bertanding dalam PRU sangat besar bila gagal meraih sokongan rakyat kerana kesilapan mereka sendiri yang tidak melayan pengundi mereka dengan sewajarnya.
Bukan rakyat tidak sayangkan pemimpin tetapi bila pemimpin sendiri tidak berubah dan berkhidmat kepada rakyat dengan cemerlang, maka eloklah diberikan peluang menjadi wakil rakyat itu diberikan kepada calon yang lebih layak dan 'berjiwa rakyat' dari menanggung risiko kehilangan kuasa dalam pemerintahan. Tidak ada sebab ketandusan pelapis baru dalam BN , Umno cuma adakala peluang mereka di sekat kerana sikap pemimpin terdahulu yang masih enggan menerima hakikat khidmat mereka tidak cemerlang kepada rakyat.
No comments:
Post a Comment