Dilemma Umno Pahang..Berubah Atau Rebah.
Pahang yang mempunyai 14 Parlimen keseluruhannya dengan pecahan dengan jumlah keseluruhan pengundi seramai 727,047 orang. Penguasaan Barisan Nasional dalam Parlimen Pahang banyak di bantu oleh gerak kerja tersusun dan efektif. Umno pula mendominasi kedudukan dalam senarai Ahli Parlimen dan Adun Pahang.
- 10 Barisan Nasional (Parlimen)
- 4 Pakatan Rakyat (Parlimen)
- 30 Barisan Nasional (Adun)
- 12 Pakatan Rakyat (Adun)
Umno Pahang yang masih berada dalam 'mimpi indah' masih berharap sokongan dari pengundi akan menyebelahi manakala parti komponen seperti menumpang 'tuah'. Dengan isu nasional yang masih belum dijelaskan dengan baik kepada setiap lapisan rakyat dalam Pahang, jentera Penerangan BN masih dalam dilemma.
Isu tempatan juga banyak memainkan peranan untuk kelangsungan Umno dalam PRU14. Kebanyakan dari keluhan pengundi seperti tidak diendahkan oleh Adun dan hanya akan di tangani apabila hampir dengan tarikh pilihanraya. Inilah kelaziman yang sering terjadi dan ianya menjadi tradisi kepada Adun BN.
'Bila terhantuk baru terngadah' sering menjadi bualan tempatan dan kelaziman apabila berbicara tentang Umno dalam Pahang. Segelintir Adun hanya akan menonjol apabila keadaan menjadi runcing dan mereka memerlukan sokongan untuk memastikan kedudukan tidak tergugat. Transformasi yang disarankan oleh Presiden Umno Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak pula di pandang sepi. Memberi ruang kepada 'muka baru' tidak wujud dalam kamus Umno Pahang. Dominasi sesetangah Ketua Umno Bahagian (KUB) pula menjadi antara faktor golongan profesional enggan menyertai Umno Pahang.
Pada mereka kedudukan itu telah menjadi 'Hak Milikan' bila memenangi jawatan dan pastinya enggan melepaskan dengan mudah serta memberi ruang yang luas kepada pencabar. Tidak dinafikan sesetengah Adun merupakan KUB di tempat sendiri dan pastinya kedudukan itu akan dipertahankan. Mengapa perlu takut akan cabaran jika merasakan mereka telah memberi khidmat terbaik buat rakyat setempat. Pastinya rakyat menilai akan prestasi mereka untuk di beri mandat mewakili pengundi. Di sini wujud konflik antara golongan 'muda' yang beraspirasi segar dengan golongan 'veteran' yang memandang rendah kebolehan muka baru.
Hingga bila perkara ini akan berlanjutan dan memusnahkan Umno secara perlahan apabila tiada lagi 'anak muda' yang berminat meneruskan legasi Dato Onn.
Sokongan pengundi baru akan menjadi sebahagian faktor penentu kemenangan Umno Pahang dan mengekalkan kekuatan Umno dalam menerajui Kerajaan Pahang. Jika perkara ini tidak di teliti dengan sebaiknya, dibimbangi pada Pru akan datang Umno Pahang akan menduduki kerusi pembangkang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri.
Umno Pahang perlu melakukan transformasi dan berubah jika masih mahu memegang tampuk pemerintahan Darul Makmur. Tidak rugi menyahut seruan Najib demi kelangsungan Umno Pahang demi kesejahteraan rakyat Pahang.
Sokongan rakyat Pahang terhadap Umno dan BN tidak perlu dipertikaikan selagi kesejahteraan rakyat dan keselesaan diutamakan. Menteri Besar Pahang sudah boleh mula arahkan penambahbaikan sokongan muda terhadap Umno dilakukan sebelum terhukum kerana nafsu segelintir Adun dan KUB.
No comments:
Post a Comment