Wednesday 20 January 2016

Fuziah Salleh Ganti Adnan Yaakob?



Satu sumber telah menyatakan Fuziah Salleh berminat menggantikan Adnan Yaakob selaku Menteri Besar Pahang.

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh yang dikatakan bakal keluar dari PKR dan menyokong Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini mencari publisiti murahan. Tindakan ini di percayai untuk menutup isu lompat parti yang bakal dilakukannya bersama 2 lagi wakil pembangkang dalam Pahang.

Menurut sumber, Fuziah kini menanti masa yang sesuai untuk mengumumkan hasratnya. Beliau yang telah memuatnaik status memerli Menteri Besar Pahang, Dato Sri Adnan Yaakob, menggunakan isu pertukaran MB Kedah yang sedang hangat di arus media perdana.

Fuziah yang meminta Najib menukarkan Adnan juga dikatakan berminat untuk mengisi kekosongan tersebut. Beliau sanggup untuk bertanding dalam DUN untuk memenuhi hasrat menjadi MB Wanita Pertama dalam Pahang.

MP Kuantan yang di landa kontroversi bauksit turut berhasrat membawa penyokongnya kembali menyokong pimpinan Najib jika berpeluang menggantikan Adnan. Ini antara tindakan beliau untuk menutup isu bauksit yang dikaitkan dengan beliau di mana dikatakan Fuziah turut terlibat secara tidak langsung di dalam industri tersebut.

PKR yang kini semakin lemah sejak ketiadaan Anwar dan pelbagai kontroversi yang melanda kepimpinan tertinggi parti pula tidak lagi menjadi sandaran Fuziah untuk bergiat dalam politik Pahang.

Demi menyelamatkan kedudukannya, Fuziah sanggup melupakan sengketa beliau dengan Barisan Nasional dan Umno. Ini akan turut diikuti oleh 2 lagi wakil pembangkang yang telah hilang kepercayaan terhadap parti masing masing.

Fuziah yang dikatakan berminat bertanding atas tiket BN akan mencari DUN yang dirasakan boleh memberi kejayaan kepada beliau sekaligus memungkinkan beliau mengambil tampuk kuasa dari Adnan Yaakob. Sumber juga menyatakan Pada bila bila masa 3 wakil pembangkang ini akan bertindak dan menyokong BN.


No comments:

Post a Comment