Monday, 18 January 2016
3 Wakil Pakatan Pahang Lompat Parti?
Bakal Berlaku Kerana Pesona Najib.
Tiga wakil pembangkang dalam Pahang dilaporkan berminat untuk memberi sokongan terbuka kepada Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak setelah yakin dengan komitmen Perdana Menteri membela nasib rakyat . Walau bagaimanapun sokongan tersebut hanya akan ditunjukkan semasa tarikh PRU14 diumumkan.
Langkah memberi sokongan terbuka buat BN ini di ambil kerana mereka telah hilang keyakinan kepada pucuk pimpianan parti yang mereka wakili. Menurut sumber, faktor yang membuat 3 wakil pembangkang mengambil keputusan itu adalah kerana isu dalaman.
Menyedari tidak lagi di hargai oleh pucuk pimpinan, peralihan sokongan adalah langkah drastik yang akan di ambil untuk memastikan kesinambungan politik mereka. Isu tempatan dalam Pahang pula telah banyak diselesaikan dengan baik oleh Kerajaan Negeri yang komited berkhidmat kepada rakyat.
Antara yang di sebut oleh sumber Fuziah Salleh (Kuantan) antara yang akan beralih arah politik. Selepas isu Lynas yang dimulakannya, beliau mendapati banyak kebaikan yang ada dalam projek Lynas untuk penduduk Kuantan sendiri. Malahan Lynas sendiri banyak memberi peluang pekerjaan kepada rakyat setempat.
Sumber juga menyatakan Ahli Parlimen Indera Mahkota akan turut memberi sokongan terbuka selepas melihat bantuan tanpa mengira latar belakang politik oleh Umno Kuantan dan Umno Pahang mencurah buat penduduk setempat. Dato Fauzi yang juga bekas ahli Umno dahulu melihat perkembangan ini sangat menarik kerana PKR Pusat tidak pernah prihatin dengan kawasan yang diwakilinya.
Raub yang terlepas ke tangan DAP juga akan memberi tamparan hebat apabila wakilnya Dato Ariff Sabri dikatakan akan turut melakukan perkara sama. Sumber juga menyatakan Ariff sebenarnya termakan hasutan DAP yang ingin memecahkan undi Melayu yang selama ini menyokong Umno dan Najib. Parti DAP pula tidak memperdulikan pembangunan Raub selepas memenangi kerusi tersebut.
Malah mantan Adun Pulau Manis itu turut kecewa dengan DAP kerana berlaku tidak adil kepada Bumiputera dalam CEC DAP. Hanya seorang wakil Melayu yang berada dalam barisan tertinggi DAP dan ini bertentangan dengan janji DAP kepada Ariff.
Kekecewaan ini akan di tebus oleh Ariff apabila beliau melihat kejayaan Najib dalam melaksanakan transformasi pentadbiran dan sedang memacu Malaysia ke arah lebih baik. Hubungan baik beliau dengan kebanyakan wakil Umno Pahang juga menjadi faktor untuk berbuat demikian.
Jelas sumber lagi, perkara tersebut dalam perancangan teliti kerana tidak mahu di kecam pemimpin parti mereka. Apa yang dilakukan kini umpama 'menarik rambut dalam tepung'.
Kini wakil pembangkang telah sedar akan hala tuju sebenar Najib untuk rakyat dan pastinya mereka akan memberi sokongan untuk memastikan Pahang terus Makmur. Kejayaan Najib dalam membuka mata ramai pihak yang menetangnya satu ketika dahulu turut menarik minat wakil pembangkang.
Selaras dengan itu satu deklarasi dari mereka untuk menyatakan sokongan terbuka kepada Najib akan dilakukan. Dikatakan mereka akan turut mengisytiharkan menjadi wakil bebas dan menyokong BN.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment