Makin Hampir Jadi Kenyataan, Tiada Pembangkang Mampu Tembusi Pahang.
Tidak dapat dipastikan samada 3 wakil pembangkang dalam Pahang akan mengisytiharkan hilang keyakinan mereka terhadap parti masing masing. Menurut sumber, mereka terdiri dari 3 Ahli Parlimen yang semakin dipinggirkan oleh parti kerana tidak lagi mampu menggalas tugas yang diberikan.
Sumber juga memberitahu, mereka sebenarnya mahu menyatakan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Dato Sri Hj Mohd Najib Tun Abdul Razak namun hingga kini masih menantikan masa yang sesuai. Penantian ini di jangka berbaloi buat mereka kerana karier politik mereka di dokong sokongan rakyat setempat dengan kemenangan besar semasa Pru13.
Melihat prestasi yang ditunjukkan oleh wakil pembangkang ini mereka masih meletakkan harapan untuk menguasai semula kerusi yang di tandingi. Namun demikian percaturan besar perlu di ambil dan memberi sokongan penuh kepada Barisan Nasional. Dengan kehadiran Parti Amanah Negara (PAN) kedudukan 3 wakil ini pasti tergugat. Walau salah seorang dari 3 wakil ini adalah dari DAP, tiada kata putus diberikan oleh pimpinan parti mereka bahawa tiada pertarungan sesama mereka.
Malah wakil tersebut yang pernah menjadi Adun Barisan Nasional mula resah bila mendapati DAP tidak memenuhi janji dan tidak membantu beliau memenangi hati pengundi. kemenangan beliau pada Pru lepas hanyalah bersandarkan populariti semasa menjadi Adun Umno dan bukannya prestasi semasa beliau menjadi ahli DAP.
Seorang lagi wakil pembangkang juga sebenarnya banyak terhutang budi kepada Umno yang memberi peluang kepadanya untuk bergiat aktif. Menyertai parti lawan dan memenangi kerusi Parlimen yang di tandingi juga berdasarkan rekod semasa berkhidmat dalam Umno Pahang. Tersisih dari arus perdana parti yang di wakilinya, kini beliau tidak lagi mempunyai aura memikat pengundi dan hanya berharap kontroversi menyebelahinya.
Transformasi yang dibawakan oleh Najib banyak mempengaruhi perubahan sokongan dari 3 wakil pembangkang ini. Prestasi cemerlang yang ditunjukkan BN dan Umno banyak memberi impak kepada pengundi di tempat mereka. Ini enambahkan lagi keyakinan mereka untuk kembali menyokong Najib dan meninggalkan parti.
Parlimen Pekan yang di wakili Najib pula di lihat sebagai 'role model' kepada 3 individu terbabit untuk menerapkan perkara sama di tempat masing masing. Kemajuan dan penambahbaikkan infrastruktur yang dilakukan Najib juga memikat mereka dan ini pastinya menjadi alasan kukuh untuk memberi sokongan terbuka kepada Perdana Menteri.
Menurut sumber juga 3 individu ini tidak akan menyertai BN tetapi akan keluar parti dan kekal menjadi wakil bebas dan menyokong BN. Kekecewaan terhadap kepimpinan parti turut memainkan peranan dalam perubahan sokongan mereka. Setelah berhempas pulas mereka kini hanyadiperlukan ketika Pru dan akan disisihkan selepas parti memenangi kerusi tersebut. Tiada peruntukan khusus yang diberikan oleh parti untuk mereka melakukan aktiviti di Parlimen masing masing. Ini sangat meninggalkan kesan buat mereka yang berjuang untuk parti namun akhirnya terbiar.
Mampukah Barisan Nasional Pahang menjadi satu satunya negeri yang menyapu bersih semua kerusi Parlimen dalam Pru14 dengan sokongan 3 wakil ini. Hanya masa yang akan menentukan dan mereka pastinya menimbangkan perkara yang akan menjamin kedudukan sebagai Ahli Parlimen bebas dan menyokong BN.
Tiada lagi kehadiran pembangkang dalam Pahang dan ini bakal jadi igauan buat mana mana parti pembangkang yang sedang berura ura mahu menawan Pahang Darul Makmur.
No comments:
Post a Comment