Tuesday, 6 March 2018

MIC AKUI KERJA KAYVEAS DEKATI RAKYAT BANTU BARISAN NASIONAL

Penyelaras Parlimen MIC Dato Sivarraajh Chandran mengakui usaha Presiden myPPP, Tan Sri Kayveas mendekati masyarakat dan mempromosi Barisan Nasional di kawasan 'kalah' merupakan sesuatu yang sukar mereka (MIC) tandingi

""I would like to thank Kayveas for helping BN. I don't see him as my opponent," - Sivaarajh

Pautan - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1635899986503931&id=436051376488804

Tentu ramai yang tahu gerak kerja dilakukan Kayveas sejak G.Palanivel (Presiden MIC) di pecat dari parti tersebut pada 2015 dan tiada wakil dari parti itu menjaga kepentingan kaum India sehingga Jun 2017. Bagaimanapun kehadiran penyelaras dari MIC menimbulkan polemik antara 'Orang Baru' dan 'Orang Lama' dalam politik tanahair. Kayveas yang pernah memenangi kerusi Parlimen Taiping di sindir dengan pelbagai cara termasuk mempertikaikan tempat asal Kayveas. Ramai yang tidak tahu keluarga Kayveas merupakan orang Cameron Highlands yang bekerja di ladang teh dan Kayveas pula adalah rakyat Pahang, membesar di estet Benta dan bersekolah di Lipis. Sebelum 2004 Cameron Highlands merupakan kawasan bawah Parlimen Lipis manakala Dun Tanah Rata adalah kawasan MIC. Hanya selepas persempadanan semula menyaksikan Parlimen Cameron Highlands diwujudkan dan Dun Tanah Rata diserahkan kepada MCA.

Manakala bagi Penyelaras MIC Parlimen Cameron Highlands pula beliau pernah bertanding di Dun Buntong pada 2013 namun kalah dengan majoriti besar walau ketika itu beliau adalah Setiausaha Pemuda Pusat MIC. Berasal dari Ipoh Perak dan mendapat pendidikan di Sekolah Anderson Ipoh, Sivarraajh ternyata tidak menepati apa yang telah digariskan sebagai keutamaan aitu 'Anak Tempatan'.

Kelewatan MIC berkerja di Cameron Highlands pula dikaitkan dengan kemelut dalaman MIC ketika itu manakala Kayveas tidak menunggu lama kerana enggan membiarkan kepercayaan rakyat kepada BN terhakis apatah lagi Cameron Highlands begitu dekat dihatinya.

Saranan Dato Saravanan baru baru ini yang meminta Kayveas bertanding di Taiping turut mewarnai kanvas Cameron Highlands. Bagaimanapun kenyataan Saravanan telah ditempelak oleh Pemuda myPPP yang mempelawa Saravanan bertanding di Segambut atau kawasan selain Tapah jika beliau mempunyai karisma dan aura yang membolehkannya memenangi mana mana kerusi. Serangan yang dilakukan oleh MIC terhadap Kayveas sedikit sebanyak mencalarkan Semangat Barisan Nasional dan sudah tentu selaku Presiden Komponen BN, Kayveas membalas kenyataan yang terlalu mengguris bukan sahaja beliau tetapi melibatkan hampir 400,000 ahli myPPP seluruh negara. Ini sedikit sebanyak merencatkan gerak kerja BN namun Kayveas bertindak berdiam diri sambil meneruskan gerak kerja mendekati dan memenangi hati pengundi agar kembali ke pangkuan BN pada PRU 14. Kini setelah hampir 4 tahun membuat gerak kerja di Cameron, boleh dikatakan Kayveas dikenali di seluruh Cameron Highlands dari yang tua hingga kanak kanak.

Kini Kayveas perlu diberikan peluang bagi menyakinkan ahli myPPP yang meletakkan harapan kepadanya demi survival politik parti itu. Kriteria yang digariskan oleh pucuk pimpinan telah dipenuhi Kayveas dan beliau tetap Setia dengan BN selama ini. Tidak salah jika myPPP diberikan peluang membawa balik majoriti besar dalam PRU 14 kepada BN berdasarkan gerak kerja beliau.