Democratic Action Party (DAP) menerima tamparan apabila Dap P078 Cameron Highlands menolak calon yang dinamakan oleh pucuk pimpinan mereka sendiri. Satu surat edaran oleh DAP Cameron Highlands bertarikh 17 Mac 2018 amat mengejutkan apabila dinyatakan mereka menolak calon payung terjun DAP.
Kerisauan mengalami kekalahan di kerusi P078 ini disuarakan oleh DAP CH sendiri dipercayai kerana mereka menolak M.Manogaran yang diberikan kepercayaan melawan G. Palanivel pada PRU13 namun BN memenangi kerusi tersebut. Bagaimanapun selepas Palanivel di pecat dari MIC, DAP berpendapat mereka akan mudah memenangi kerusi tersebut pada PRU14 namun sebaliknya berlaku dengan kehadiran Tan Sri Kayveas yang memulakan gerak kerja mendekati pengundi selepas Palanivel di pecat dan MIC mengisytiharkan kerusi tersebut sebagai kerusi bebas.
Aura Kayveas yang mesra rakyat pula menjadi igauan DAP CH apabila terbukti beliau berjaya menembusi beberapa kubu kuat DAP CH dan menawan hati pengundi tegar DAP dalam gerak kerja beliau. Ini menjadikan DAP mula mempersoalkan kehadiran Manogaran kerana dipercayai jika MIC bertanding di kerusi tersebut, DAP tidak khuatir langsung dan yakin akan memenangi CH dengan mudah berdasarkan majoriti pengundi Dun Tanah Rata. Berdasarkan keyakinan tiada calon tempatan dari MIC menjadikan DAP CH begitu yakin akan merampas kerusi tersebut namun kehadiran Kayveas saban minggu sejak 2015 mengikis keyakinan pengundi kepada DAP dan kini sudah mula beralih kepada Barisan Nasional.
Mengikut apa yang tertulis dalam surat edaran, DAP CH secara jelas menongkah arus dan mahu pucuk pimpinan DAP Pusat akur dengan kehendak mereka. Bagaimanapun DAP CH akur jika sekutu dari Pakatan Harapan diletakkan sebagai calon namun siapa tahu apa yang bergolak dalam jiwa mereka? Mampukah DAP kehilangan kerusi kepada sekutu sedangkan pembahagian kerusi Pakatan Harapan sudah dipersetujui dan DAP sudah tentu tidak mahu pengurangan kerusi memandangkan mereka ada perancangan tertentu bagi survival parti tersebut.
Adakah ini memberi isyarat bahawa DAP CH akan menjadi mangsa pucuk pimpinan DAP kerana melawan ketetapan DAP Pusat yang meletakkan Manogaran sebagai calon mereka? Atau ini sebahagian isyarat DAP CH mengaku kalah dengan kekuatan Kayveas?
No comments:
Post a Comment