Monday, 26 March 2018

PROVOKASI MENJELANG PRU - SIAPA MUSANG BELAKANG PENULIS 'CAP AYAM'?

Provokasi menjelang PRU14 kini semakin menjadi jadi. Terbaru selepas hampir 3 tahun Kayveas membuat kerja mendekati masyarakat di Cameron Highlands ada suara sumbang membuat modus operandi murahan dengan menyerang Presiden myPPP.

Menggunakan pautan blog - https://budakcameron.wordpress.com/2018/03/26/nama-baik-bn-tercemar-di-cameron/ dan -  https://budakcameron.wordpress.com/2018/03/26/nama-baik-bn-tercemar-di-cameron/ blogger ini cuba mencemar imej Kayveas.

Gaya penulisan yang mudah di teka sumber menjurus kepada persoalan siapakah pemberi upah kepada penulis ini. Kayveas yang telah membuat kenyataan menyerahkan keputusan siapa calon Cameron Highlands kepada Perdana Menteri berulang kali cuba dirangsangkan supaya melatah namun kematangan politik banyak menyebelahi Kayveas.

Gerak kerja yang dilakukan Kayveas sejak ahli parlimen P078 di pecat dari sebuah parti bukanlah sesuatu yang boleh dinafikan penulis blog tersebut namun kerana upah yang diberikan segala hasil kerja Kayveas cuba dinafikan. Walau bagaimanapun Kayveas terus membuat gerak kerja bagi mempromosi Barisan Nasional di kalangan pengundi yang telah menunjukkan protes kepada calon BN pada Pru13 dengan undian yang terlalu merosot.

Dengan menggempur kawasan kubu kuat pihak pembangkang, Uncle Bond berjaya mengembalikan kepercayaan masyarakat Cameron Highlands kepada BN dalam masa 3 tahun. Malah kawasan Orang Asli yang tidak memihak kepada BN juga berjaya dan mereka telah memberi komitmen untuk mengundi BN pada PRU14.

Pengupah penulis 'Cap Ayam' yang menggunakan nama Budak Cameron sepatutnya berkerja keras bagi membuktikan beliau mempunyai pengaruh serta tarikan untuk mengembalikan undi kepada BN. Bagaimanapun dipercayai pengupah tidak berani menyerang secara terang kerana bimbang peluangnya terjejas.

Semalam menerusi satu sumber telah memberitahu, seorang individu cuba berjumpa dengan seseorang bagi melobi kerusi Cameron Highlands namun atas urusan apa tidak diketahui. Siapakah individu itu? Sumber enggan memberitahu dan hanya memberi gambaran cubaan pertemuan itu GAGAL.

Suka diingatkan kepada penulis 'Cap Ayam' supaya belajar menulis dengan fakta jelas supaya tidak mengelirukan rakyat hanya kerana mendapat upah dari seseorang. Kayveas bukan 'Budak Cendol' seperti yang pengupah dan penulis ' Cap Ayam' sangkakan.

No comments:

Post a Comment