Saturday 31 March 2018

MCA DAN MIC CAMERON HIGHLANDS SERANG KOMPONEN BN UNTUK APA?

Serangan terhadap komponen Barisan Nasional kini bermula namun malangnya ia merupakan serangan daripada komponen BN sendiri.

Lihat https://quik.gopro.com/v/JLZ9iNp7I8/

Serangan daripada MCA dan MIC Cameron Highlands dipercayai kerana mereka enggan mengakui kelemahan pihak mereka sendiri dan melihat akan gerak kerja Presiden myPPP, Tan Sri Kayveas yang berjaya mengembalikan keyakinan pengundi di Cameron Highlands terhadap BN merupakan ancaman terhadap mereka.

Mengapa dan siapa sebenarnya di belakang serangan ini? Apa motif sebenar MCA dan MIC Cameron Highlands menyerang myPPP khususnya Kayveas? Sejak 2015 selepas Palanivel disingkirkan MIC dari jawatan Presiden, Kayveas telah mendekati pengundi P078 hingga hari ini.

Adakah MCA dan MIC Cameron Highlands seronok dapat menyerang myPPP sekaligus membuka peluang kepada pembangkang menjadikan serangan tersebut sebagai senjata memenangi kerusi P078 dalam PRU14? Jika itu keseronokan mereka, wajarlah kedudukan kerusi MCA dan MIC di lihat semula dan adakah mereka mampu memenangi kerusi yang ditandingi? Bak kata orang bawahan " MCA dengan MIC ni kerja taknak buat tapi kerusi nak pulak".

Perlu diingatkan bukan semua kaum Cina menyokong MCA dan bukan semua kaum India menyokong MIC kerana dalam politik pengundi mempunyai kebebasan memilih. Hakikat ini perlu diingati kerana Presiden MCA dan Presiden MIC (ketika itu) sendiri hampir kalah dalam PRU13 dan rekod kedua dua parti tidak memberangsangkan.

No comments:

Post a Comment