Thursday 29 March 2018

"LAIN DARI KAYVEAS KAMI TAK MAU UNDI BARISAN" - PENGUNDI CINA CAMERON HIGHLANDS

Senario menarik yang makin hangat menjelang pilihanraya turut mempengaruhi mood pengundi. Tidak terkecuali kerusi 'Panas' P078 Cameron Highlands yang masih menjadi tandatanya.

Sebelum perayaan Tahun Baru Cina baru baru ini, Persatuan Pekebun Bunga dan Sayur Cameron Highlands telah menyatakan sokongan mereka kepada Kayveas dan berjanji akan kembali memberi undi kepada Barisan Nasional seandainya beliau di pilih.

Semalam dalam majlis makan malam Persatuan Hash House Harriers Harriets beberapa Ketua dalam Persatuan yang sama mengulang ikrar mereka kepada Kayveas.

"kalau Kayveas kita orang Cina akan undi Barisan tapi kalau lain orang jadi calon kita takmau...sudah cukup kita kena..kena ingat Kayveas orang Pahang..itu orang sana Perak mari"

Dalam memilih siapa paling layak untuk diletakkan sebagai calon di Cameron pelbagai kriteria perlu di ambil kira. Gerak kerja Kayveas yang bermula sejak 2015 bukan sesuatu yang boleh dinafikan malah anak anak kecil dari kalangan Orang Asli juga mengenali Kayveas tetapi dengan panggilan Uncle Bond.

Pertimbangan dalam meletakkan calon 'Likeable & Winnable' juga sangat penting dalam memastikan kemerosotan undi dalam PRU13 semasa BN diwakili MIC boleh di tebus malah menghadiahkan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar. Selepas 3 pilihanraya majoriti wakil MIC merosot dengan begitu teruk. Tiada pihak yang boleh dipersalahkan dalam soal kemerosotan undi melainkan pihak MIC sendiri kerana pada PRU13 mereka membawa masuk G.Palanivel (ketika itu Presiden MIC) bagi menyelamatkan kedudukan beliau. Pengundi P078 yang kekal setia kepada BN telah memenangkan beliau walau terdapat undi protes dan penolakan dari pengundi tempatan kepada 'Orang Luar'. Adakah kesilapan sama akan diulangi sekiranya masih berpegang kepada 'Kerusi Tradisi'?

Pengundi P078 mahukan seorang wakil rakyat yang mampu membawa suara mereka dalam Parlimen selain memakmurkan kembali Cameron Highlands dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Malah Jelai yang terletak dalam Parlimen CH juga memerlukan pembangunan sewajarnya mengikut peredaran masa. Banyak kawasan kampung di Jelai perlu pembelaan daripada Ahli Parlimen dan bukan sekadar gelaran sebagai Yang Berhormat yang hanya muncul ketika tempoh parlimen hampir tamat.

No comments:

Post a Comment