Showing posts with label MIC. Show all posts
Showing posts with label MIC. Show all posts

Tuesday, 6 March 2018

MIC AKUI KERJA KAYVEAS DEKATI RAKYAT BANTU BARISAN NASIONAL

Penyelaras Parlimen MIC Dato Sivarraajh Chandran mengakui usaha Presiden myPPP, Tan Sri Kayveas mendekati masyarakat dan mempromosi Barisan Nasional di kawasan 'kalah' merupakan sesuatu yang sukar mereka (MIC) tandingi

""I would like to thank Kayveas for helping BN. I don't see him as my opponent," - Sivaarajh

Pautan - https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1635899986503931&id=436051376488804

Tentu ramai yang tahu gerak kerja dilakukan Kayveas sejak G.Palanivel (Presiden MIC) di pecat dari parti tersebut pada 2015 dan tiada wakil dari parti itu menjaga kepentingan kaum India sehingga Jun 2017. Bagaimanapun kehadiran penyelaras dari MIC menimbulkan polemik antara 'Orang Baru' dan 'Orang Lama' dalam politik tanahair. Kayveas yang pernah memenangi kerusi Parlimen Taiping di sindir dengan pelbagai cara termasuk mempertikaikan tempat asal Kayveas. Ramai yang tidak tahu keluarga Kayveas merupakan orang Cameron Highlands yang bekerja di ladang teh dan Kayveas pula adalah rakyat Pahang, membesar di estet Benta dan bersekolah di Lipis. Sebelum 2004 Cameron Highlands merupakan kawasan bawah Parlimen Lipis manakala Dun Tanah Rata adalah kawasan MIC. Hanya selepas persempadanan semula menyaksikan Parlimen Cameron Highlands diwujudkan dan Dun Tanah Rata diserahkan kepada MCA.

Manakala bagi Penyelaras MIC Parlimen Cameron Highlands pula beliau pernah bertanding di Dun Buntong pada 2013 namun kalah dengan majoriti besar walau ketika itu beliau adalah Setiausaha Pemuda Pusat MIC. Berasal dari Ipoh Perak dan mendapat pendidikan di Sekolah Anderson Ipoh, Sivarraajh ternyata tidak menepati apa yang telah digariskan sebagai keutamaan aitu 'Anak Tempatan'.

Kelewatan MIC berkerja di Cameron Highlands pula dikaitkan dengan kemelut dalaman MIC ketika itu manakala Kayveas tidak menunggu lama kerana enggan membiarkan kepercayaan rakyat kepada BN terhakis apatah lagi Cameron Highlands begitu dekat dihatinya.

Saranan Dato Saravanan baru baru ini yang meminta Kayveas bertanding di Taiping turut mewarnai kanvas Cameron Highlands. Bagaimanapun kenyataan Saravanan telah ditempelak oleh Pemuda myPPP yang mempelawa Saravanan bertanding di Segambut atau kawasan selain Tapah jika beliau mempunyai karisma dan aura yang membolehkannya memenangi mana mana kerusi. Serangan yang dilakukan oleh MIC terhadap Kayveas sedikit sebanyak mencalarkan Semangat Barisan Nasional dan sudah tentu selaku Presiden Komponen BN, Kayveas membalas kenyataan yang terlalu mengguris bukan sahaja beliau tetapi melibatkan hampir 400,000 ahli myPPP seluruh negara. Ini sedikit sebanyak merencatkan gerak kerja BN namun Kayveas bertindak berdiam diri sambil meneruskan gerak kerja mendekati dan memenangi hati pengundi agar kembali ke pangkuan BN pada PRU 14. Kini setelah hampir 4 tahun membuat gerak kerja di Cameron, boleh dikatakan Kayveas dikenali di seluruh Cameron Highlands dari yang tua hingga kanak kanak.

Kini Kayveas perlu diberikan peluang bagi menyakinkan ahli myPPP yang meletakkan harapan kepadanya demi survival politik parti itu. Kriteria yang digariskan oleh pucuk pimpinan telah dipenuhi Kayveas dan beliau tetap Setia dengan BN selama ini. Tidak salah jika myPPP diberikan peluang membawa balik majoriti besar dalam PRU 14 kepada BN berdasarkan gerak kerja beliau.

Sunday, 26 November 2017

CAMERON HIGHLANDS - PM AKAN TENTUKAN CALON DENGAN SEMANGAT BN

Semalam berlangsung Konvensyen Pemuda myPPP di mana mereka telah memohon kepada Pengerusi BN Dato Sri Najib Razak supaya mempertimbangkan agar kerusi P078 diberikan kepada Tan Sri M Kayveas sebagai calon 'Boleh Menang' di tempat tersebut. Saranan tersebut disampaikan oleh Pemuda myPPP dihadapan YB Khairy Jamaluddin semalam dan mereka yakin jika Kayveas menjadi calon Cameron Highlands, kerusi tersebut akan dipertahankan dan majoriti 462 undi semasa PRU13 sewaktu di wakili G.Palanivel dari MIC (ketika itu) akan dipertingkatkan dan melepasi sasaran. Sebagai makluman G.Palanivel telah di pecat dari MIC pada 2015 dan beliau kekal sebagai ahli Parlimen (Bebas) yang menyokong Barisan Nasional.

Mengambil kira kerja kerja yang telah dilakukan Kayveas sejak 2015, Pemuda myPPP berpendapat Kayveas mampu mempertahankan kerusi tersebut di PRU14 akan datang. Bagaimanapun YB Khairy Jamaluddin yang merasmikan konvensyen tersebut tetap berpendirian hanya PM berhak menentukan calon yang memenuhi kriteria dan boleh memenangi kerusi P078.

Dalam perasmian Konvensyen myPPP Pahang, Menteri Besar Pahang Dato Sri DiRaja Adnan Yaakob telah menyatakan daripada 222 kerusi parlimen Malaysia pasti ada satu kerusi untuk myPPP. Kenyataan bersifat 'Political Language' ini menerima tepukan dan sorakan ahli myPPP Pahang yang berlangsung di SRJK (T) Karak.

Selain Kayveas, MIC turut mahu mempertahankan kerusi tersebut yang telah mereka menangi sejak PRU11. Dato Sivaaraj Chandran yang juga Ketua Pemuda MIC telah dilantik sebagai penyelaras MIC Parlimen Cameron Highlands sejak Jun 2017 dikatakan turut berminat menjadi calon di kawasan tersebut. Kedua dua mereka di lihat bersungguh melaksanakan pelbagai program di Tanah Rata dan mendekati pelbagai lapisan masyarakat termasuk Orang Asli. Namun demikian persoalan yang timbul, mengapa hanya Tanah Rata sedangkan Parlimen Cameron Highlands terdiri dari 2 DUN - i - Tanah Rata, ii - Jelai. Sampai bila kedua dua mereka hanya dikenali masyarakat Tanah Rata dan langsung tidak dikenali di Jelai?

Jika diteliti, Kayveas dan Sivaraaj bersungguh membuat 'kerja' dan persaingan sihat ini di terima baik masyarakat Tanah Rata. Mereka yang senang dengan kedua dua individu tidak menghampakan jika ada program dijalankan di tempat pelancongan tanah tinggi Pahang. Walau ada sedikit perselisihan yang wujud dan di tambah pula ada yang mengapi apikan keadaan namun ia dapat diselesaikan oleh kedua dua mereka dengan Semangat Barisan Nasional dan ini sebenarnya menunjukkan kekuatan sebenar BN di Cameron Highlands.

Kayveas seorang yang boleh dikatakan 'Otai' dalam politik sememangnya mempunyai personaliti mesra dan senang bergaul dengan penduduk Cameron manakala Sivaaraj yang lebih muda pula ada kelebihan tersendiri walau pengalaman politik tidak setanding Kayveas. Berdasarkan pengamatan kerjasama kedua ahli politik ini sebenarnya mampu membawa anjakan pradigma dalam ertikata politik dan jika kekuatan mereka digandingkan tidak mustahil bukan sahaja Parlimen Cameron dapat dipertahankan malah Dun Tanah Rata juga mampu dirampas daripada DAP dengan kerjasama seluruh jentera BN termasuk MCA dan Gerakan.

Setiap parti politik dalam BN boleh memohon kerusi untuk mereka tandingi tetapi perlu diingatkan keputusan akhir adalah hak Perdana Menteri berdasarkan pertimbangan teliti serta laporan yang di terima. Jadi tidak timbul masalah dengan Semangat Barisan Nasional, sesiapapun samada Kayveas atau Sivaaraj yang berjaya mendapat kepercayaan PM, sokongan tetap diberikan. Perlu diingatkan pengundi Melayu menguasai peratusan undian di P078 selain masyarakat Orang Asli dan sasaran mendapatkan undi perlu difokuskan tanpa mengenepikan masyarakat India dan Cina.

Kepada Kayveas dan Sivaaraj, suka penulis ingatkan Parlimen Cameron Highlands P078 bukan hanya ada di Tanah Rata tetapi Dun Jelai juga ada dalam sempadan Parlimen tersebut. Penulis berharap Ketua Bahagian Umno Cameron Highlands akan membuka ruang kepada Kayveas dan Sivaaraj untuk bermesra dengan pengundi Dun Jelai pula selepas ini.

Tuesday, 10 October 2017

SIVARRAAJ TIDAK DIKENALI PENGUNDI P078

Ketua Pemuda MIC Sivarraaj Chandran yang mendakwa mendapat sokongan akar umbi pengundi P078 Cameron Highlands sebenarnya tidak dikenali ramai. Beliau yang di lantik MIC sebagai Penyelaras MIC Cameron Highlands kini seolah 'Mabuk Kerusi' apabila nada mahukan kedudukan sebagai Ahli Parlimen Cameron Highlands. Sepatutnya Sivarraaj yang merupakan lantikan MIC menjalankan tugas menjaga serta mendekati pengundi MIC di Cameron Highlands dan bukan memggembar gemburkan seolah dialah bakal calon yang paling layak sedangkan Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak masih belum memutuskan siapa calon terbaik di situ.

Sivarraaj yang kalah di Dun Buntong pada PRU 13 dengan majoriti 8,629 memihak kepada DAP kini mahu mencuba nasib di Cameron Highlands pula. Adakah ini percaturan terbaik MIC yang mahukan kerusi 'selamat' selepas bekas Presiden MIC, G Palanivel hampir kalah di kerusi tersebut akibat tidak mendapat sokongan dari pengundi Dun Tanah Rata menyaksikan hanya mampu memenangi dengan majoriti yang sedikit.

Perebutan antara MIC sendiri memberi imej yang agak menyukarkan pengundi memberi kepercayaan kepada mereka lagi apatah lagi Umno Cameron Highlands pada asalnya menolak calon MIC tetapi kini berubah nada. Pernah satu ketika kepimpinan Umno CH sendiri menolak mereka yang kalah tetapi tidak diketahui mengapa tiba tiba pendirian itu berubah selepas Sivarraaj di lantik MIC sebagai penyelaras MIC Cameron Highlands

Agak pelik bila Sivarraaj mengakui beliau menerima sokongan dari pengundi akar umbi untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen CH apabila satu temuramah dilakukan. Dalam temuramah tersebut jelas sekali Sivarraaj tidak pernah tampil berdepan dengan pengundi tetapi mampu mendakwa beliau menerima sokongan?

Temuramah berkaitan : https://youtu.be/SHedCw56lEo

Dakwaan Sivarraaj : http://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/umno-terima-sivarraajh-di-cameron-highlands-1.739421

Wednesday, 20 September 2017

PANAS!!! PEMUDA MIC MEMBERONTAK?

Satu artikel mengenai calon paling layak bagi kerusi P078 Cameron Highlands menarik perhatian Pemuda MIC. Portal PRU14 yang menulis Dato SK Devamany sebagai calon paling layak bagi kerusi tersebut telah mengundang satu kenyataan dikeluarkan oleh Pemuda MIC.

Mendakwa kerusi Cameron Highlands sebagai kerusi tradisi MIC selama 3 penggal bermula dari PRU 11, Pemuda MIC sewajarnya mengkaji terlebih dahulu kemenangan yang dikecapi bukanlah dari penyokong MIC tetapi gabungan dari 2 DUN iaitu Jelai dan Tanah Rata. Lebih melucukan Pemuda MIC seperti menidakkan sokongan penyokong UMNO yang selama inj memberi kepercayaan kepada MIC malah turut memberi undi kepada mereka. Malah Pemuda MIC membuat satu kenyataan paling 'lawak' apabila mendakwa CH merupakan 'KUBU KUAT' MIC selama ini.

Suka diingatkan kepada Pemuda MIC atas toleransi dan semangat kebersamaan dalam Barisan Nasional, kerusi berkenaan diberikan kepada mereka dan ternyata pada PRU 13 BN nyaris kehilangan kerusi tersebut apabila Presiden MIC, G.Palanivel ( ketika itu) hanya mampu menang dengan majoriti kurang dari 500 dan ini sebenarnya amat memalukan. Beliau menang dengan sokongan kuat yang datang dari peti undi di DUN Jelai dan Pemuda MIC sewajarnya lebih berhati hati mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan semua pihak.

Menurut artikel PRU 14, Devamany merupakan calon paling sesuai di CH namun tentangan terhadap Timbalan Presiden MIC sudah jelas dilihat daripada kenyataan Pemuda MIC sendiri. Kenyataan mereka yang menyebelahi Sivarraajh Chandran yang di dakwa 'membuat kerja' di kawasan CH boleh dipertikaikan. Baru beberapa bulan dilantik oleh MIC untuk memantau P078 kini sudah terdengar gendangan bahawa beliau merupakan 'Calon' bagi kerusi tersebut. Lebih membuatkan kenyataan Pemuda MIC kelihatan seperti 'Masuk Bakul Angkat Sendiri' mereka mendakwa Sivaraj merupakan seorang yang dikehendaki akar umbi serta dikenali di peringkat bawahan. Bagaimana Pemuda MIC boleh membuat dakwaan begitu sedangakan kalai di tanya kepada pengundi rata rata mereka tidak mengenali langsung Sivaraj yang baru beberapa bulan bertugas di Cameron Highlands. Adakah Pemuda MIC mahu melawan arus jika Perdana Menteri tidak memilih Sivaraj sebagai calon kelak sepertimana mereka tunjukkan tentangan terhadap Devamany?

Pengundi P078 lebih mengetahui apa yang mereka mahukan dan siapa yang mampu 'Buat Kerja' dan bukan sekadar calon 'Payung Terjun' serta mempunyai pengikut yang berani memberontak seperti yang mereka lakukan terhadap Devamany. Terpulang kepada Pengerusi Barisan Nasional (Perdana Menteri) bagi menamakan calon yang beliau fikirkan sebagai 'Winnable' dan 'Likeable' untuk terus mempertahankan kerusi Cameron Highlands.

Berikut adalah kenyataan Pemuda MIC berkaitan artikel Portal PRU14.

Cameron Highland constituency is one of Barisan Nasional, as well as MIC's strong fort. It should be only given to the people's leader, *MIC Youth Leader Dato' C. Sivarraajh*, who have shown hard work & determination in serving the local people in Cameron for the past few months. Ground reports also suggesting that local people favors and want Dato C. Sivarraajh to lead & represent them. Moreover, Cameron Highland have been MIC's seat for the past few years.

*We Youth Squad MIC are 100% behind Dato' C. Sivarraajh and we pledged to work hard for his victory in Cameron Highland !*

Regards,
K. Sunder
National MIC Youth Squad Leader

Artikel PRU 14 : http://www.pru14.tv/2017/09/20/hanya-devamany-sahaja-yang-layak-menjadi-calon-bagi-parlimen-cameron-highland/