Wednesday 4 January 2017

SAIFUDDIN TIDAK BOLEH KEMBALI KE TEMERLOH - UMNO,PAS,PAN BAKAL BERENTAP DI P88 TEMERLOH?




PAS BAKAL 'BERLAGA' DENGAN PAN DAN UMNO DI TEMERLOH - PILIHAN RAKYAT?

Selepas kalah dalam PRU13 Parlimen P88 Temerloh di tangan calon Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Datuk Saifuddin Abdullah tidak konsisten di dalam Umno hingga beliau mengisytiharkan keluar dari parti dan menyertai PKR. PAS yang meletakkan Nasrudin Hassan sebagai lawan Saifuddin membuat kejutan apabila mengalahkan penyandang kerusi tersebut apabila menerima sokongan kuat dari pengundi.

Apabila Saifuddin keluar dari Umno dan menyertai PKR sebagai landasan perjuangan yang baru, belang sebenar beliau sudah ternampak di mata pengundi yang selama ini mempercayai beliau. Sokongan yang dahulu mungkin mudah beliau dapati kini tidak mungkin akan berulang seandainya PKR mencalonkannya bertanding di kerusi yang sama pada PRU14 kelak. Sikap 'talam dua muka' beliau telah merosakkan imejnya sendiri di mata rakyat Temeloh dan tidak mungkin akan ada peluang kedua untuk Saifuddin meraih sokongan setelah berpaling tadah.

Umno Pahang yang menerima baik tindakan Saifuddin sebaliknya menjadi lebih kuat dan sokongan bertambah apabila Dato Seri Sharkar Shamsudin berjaya mengendalikan Umno Temerloh dengan cemerlang dan meneruskan tradisi Umno membantu rakyat. Sesaui dengan kedudukan Sharkar selaku Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, gerak kerja yang metang dalam politik telah berjaya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Umno khususnya di Temerloh.

Fakta Parlimen P88 Temerloh


  • Saifuddin Abdullah (BN) - 27,197 - 49.0%
  • Nasrudin Hassan (PAS) - 28.267 -51.0%
Peratusan pengundi mengikut pecahan kaum



  • Melayu - 65.3%
  • Cina - 24.2%
  • India - 8.7%
  • Lain lain - 1.71%
Jumlah pengundi P88 Temerloh

  • 66,105 (Mei 2013)
Peratusan keluar mengundi
  • 55,441 (85.4%)
Menurut sumber dari pengundi di Temeloh faktor yang menyebabkan kekalahan Saifuddin kepada Nasrudin berpunca dari kelemahan beliau sendiri yang tidak konsisten membantu pengundi dan hanya menjenguk apabila ada program yang berkaitan dengan kepentingan dirinya. Selain hanya lebih banyak menumpukan isu nasional, pembangunan Temerloh tidak seperti yang diharapkan pengundi yang telah memberinya mendat dalam PRU12.


Selain dari itu Saifuddin turut dikatakan tidak konsisten dalam mempertahankan Umno dari serangan pihak pembangkang malah beliau mengejutkan pengundi di Temerloh apabila turut menyokong program ' Touch the dog' yang dianjurkan di Ibu Negara tidak lama dahulu. Beliau juga turut senada dengan pembangkang apabila mengkritik dasar dasar kerajaan malah lebih memeningkan pengundi beliau lebih banyak menghabiskan masa sepentas dengan pembangkang dan bukannya dengan kalangan Umno Temerloh.

Melihat kepada jumlah peratusan pengundi pada 2013, Umno sebenarnya mempunyai peluang yang agak cerah untuk kembali merampas kerusi tersebut dari tangan pihak lawan tetapi calon yang mahu diketengahkan perlulah seorang yang dikenali di peringkat akar umbi serta mempunyai sokongan kuat dari DUN dalam Parlimen Temerloh. Mungkin anak tempatan lebih sesuai untuk dijadikan calon terbaru Umno menguasai kembali kerusi P88 bagi memperkuatkan kembali penguasaan BN di Pahang.

Walu berkemungkinan berdepan pertarungan 3 penjuru, BN masih menggungguli kepercayaan pengundi Temerloh dan ini sesuatu yang positif bagi imej BN Pahang disertai dengan kerja keras DUN yang berada dalam kawasan P88 Temerloh. Untuk itu Umno Pahang perlu lebih bijak menamakan calon yang mampu meraih sokongan bukan sahaja dari pengundi Melayu tetapi dari kaum lain yang turut serta menjadi pemangkin undian PRU14. 

Jika melihat dari sudut pemerhatian pengundi P88 Temerloh, mereka sebenarnya mahu bakal wakil lebih menitik beratkan pembangunan yang mampu membantu ekonomi tempatan dan memberi tumpuan kepada pembangunan belia yang boleh menjadi penentu kemana undian akan pergi. Isu nasional yang melanda negara tidak banyak memberi kesan kepada pengundi kerana selama di bawah pentadbiran BN Pahang, keperluan rakyat serta keluhan mereka sentiasa mendapat tempat untuk di selesaikan. PAS sebaliknya hanya bermodalkan politik pentas dan tidak membantu pembangunan apatah lagi menaikkan taraf ekonomi penduduk setempat apabila segalanya disediakan oleh BN Pahang. Meninjau kemampuan Nasrudin yang tidak membawa impak kepada Temerloh, ketokohan beliau hanyalah di pentas ceramah PAS dan sekadar mencari populariti murah dalam isu yang agak ketinggalan. Mungkin ada pengundi yang tidak mengenali langsung Nasrudin kerana beliau tidak 'turun padang' sebagaimana yang dilakukan ADUN BN yang sentiasa mendekati rakyat walau berbeza ideologi politik.

Apakah akan berlaku kejutan dalam P88 Temerloh kelak? Dengan kehadiran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewarnai arena politik Malaysia, parti tu sebenarnya tidak mampu meninggalkan kesan kepada rakyat Pahang sekaligus menolak kehadiran mereka di bumi Tok Gajah. Hanya berlandaskan nafsu kuasa, PPBM bukan ancaman sebenar BN Pahang yang perlu diperhatikan sebaliknya PKR akan menjadi musuh utama BN Pahang dalam PRU14 kelak. Dengan sisa sisa pengaruh Saifuddin tidak mustahil beliau akan membawa doktrin Anwar Ibrahim masuk ke Temerloh bagi merencatkan pembangunan terancang BN untuk rakyat. Bagi PAS pula selepas mereka tiada lagi dalam gabungan Pakatan Harapan, Parti Amanah Negara (PAN) akan menjadi duri dalam daging kepada pengaruh terhadap pengundi. Adakah PAS akan berdepan dengan  PAN sebagaimana yang dijangkakan? Jika ini berlaku peluang untuk BN merampas kembali kerusi P88 Temerloh akan lebih cerah. Apa pun segalanya terpulang kepada pucuk pimpinan BN Pahang di bawah Menteri Besar Dato Seri Adnan Yaakob.

Kemungkinan pergeseran antara sekutu dalam gabungan Pakatan Harapan serta perseteruan antara PAS dan PAN mampu membuka mata rakyat Temerloh pihak mana yang selama ini membela nasib mereka dari dahulu hingga kini. Diharapkan Umno Temerloh serta komponen BN Pahang terus gigih memenangi hati rakyat bagi memastikan kemenangan mutlak BN dalam PRU14 nanti. Pengundi sudah muak dengan 'janji politik' PAS yang tidak memberi sebarang menafaat kepada mereka dan ini kesempatan yang perlu digunakan oleh BN Pahang.

No comments:

Post a Comment